• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara pantas jana table of contents secara automatik di Microsoft Word

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:52 pm
  • 20/09/2021
  • Komen
Cara pantas jana table of contents secara automatik di Microsoft Word
Share on FacebookShare on Twitter

Skill ini saya pelajari sewaktu lakukan tugasan akhir tahun semasa di institusi pengajian tinggi. Apabila anda sedang mengerjakan tesis, sudah tentu akan ada banyak pembahagian sama ada delam bentuk subtajuk dan sebagainya. Di akhir proses, anda pastinya perlu tambah halaman kandungan pada kerja anda.

Ini adalah cara untuk menjana secara automatik menggunakan Microsoft Word. Perkara ini penting kerana apabila berlaku perubahan pada kandungan kerja anda, hanya satu butang perlu ditekan untuk mengemas kini jadual kandungan itu berbanding anda perlu periksa satu-persatu perubahan yang anda jalankan.



Manfaatkan ciri Styles

Bila anda wujudkan satu dokumen baru di Word, anda akan dihidangkan dengan sejumlah peralatan dan Styles adalah antara yang paling menyerlah kerana ia mengambil ruangan yang paling banyak. Untuk halaman kandungan, butang Heading adalah yang paling penting.

Contohnya, struktur dokumen anda ialah seperti rajah di bawah.



Maka, dalam dokumen Word anda, semua Subtajuk anda gunakan Heading 1 manakala semua Subsubtajuk kepada Heading 2. Kalau anda ada Subsubsubtajuk, gunakan Heading 3 dan yang seterusnya.

Jana halaman kandungan secara automatik

Sekiranya anda Menyusun semua subtajuk secara kemas dan teratur, proses menjana halaman kandungan menjadi sangat mudah kerana dalam Word sudah ada fungsi itu terbina.

Di tab References, cari butang Table of Contents di bahagian paling kiri. Anda boleh pilih gaya kandungan yang anda inginkan. Sekiranya ada berlaku perubahan subtajuk ataupun terdapat perubahan pada muka surat, anda cuma perlu tekan butang Update Table dan halaman kandungan akan dikemas kini tanpa perlu anda jana yang baharu.

Tags: Microsoftmicrosoft officeMicrosoft office 365Microsoft Wordtips & trickstips and trickstips dan tricks
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Cara pantas jana table of contents secara automatik di Microsoft Word

Cara pantas jana table of contents secara automatik di Microsoft Word

20 September 2021
Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

Pas MyKomuter50: Pendaftaran kini dibuka, ini cara daftar dan aktifkannya

16 November 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera Leica 200MP, skrin OLED belakang, dari RM3,999

18 November 2026
Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

Huawei Nova 16s dan Nova 16s Pro bakal dilancar di Malaysia 19 November

14 November 2026
Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

Huawei MateBook Fold S: Laptop boleh lipat 14.7″ dengan paparan kedua di luar

16 November 2026
Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

Vivo V80 tiba di Malaysia: Skrin 144Hz dan bateri 7,200mAh, harga dari RM2,399

19 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN