• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:57 pm
  • 22/09/2021
  • Komen
Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Umur Vivo X60 Pro masih belum sampai setahun pun di Malaysia. Namun, ia tidak menghalang Vivo hadir dengan Vivo X70 5G dan Vivo X70 Pro 5G membawakan penambahbaikkan pada kamera beroptik Zeiss yang dimegahkan mereka sebelum ini.

Siri Vivo X70 5G dijual pada harga seperti berikut:



  • Vivo X70 5G (8GB + 128GB) – RM2,499
  • Vivo X70 Pro 5G (12GB + 256GB) – RM3,299

Tempahan awal untuk memiliki mana-mana model siri Vivo X70 5G ini akan bermula pada 22 September 2021 hingga 1 Oktober 2021. Tempahan awal akan menerima beberapa hadiah percuma dan promosi PWP untuk anda dapatkan:

  • Vivo TWS 2e pada harga RM68
  • Vivo TWS 2 ANC pada harga RM98

Tempahan awal juga berjalan di laman dalam talian Lazada dan Shopee dengan pemberian percuma bernilai sehingga RM899.



Spesifikasi siri Vivo X70 5G

Untuk Vivo X70 Pro 5G, kali ini mereka menagih khidmat Mediatek untuk memperkasakan telefon ini. Cip MediaTek 1200 memikul tanggungjawab pemprosesan bersama-sama RAM 12GB dan storan 256GB. Sebahagian storan itu boleh dijadikan RAM sementera melalui ciri RAM Extender. Daripada 12GB, kapasiti RAM boleh diperluas kepada 16GB menggunakan fungsi tersebut.

Di bahagian muka, Vivo mengenakan panel AMOLED 120Hz beresolusi FHD+ dengan kadar semula 120Hz. Keluasannya sama seperti model terdahulu iaitu 6.56”. Panel tersebut boleh mencapai kecerahan sehingga 1,300nits, melayakkannya untuk menerima cap HDR10+ untuk pengalaman multimedia yang baik. Membezakan model Pro dengan bukan Pro siri ini daripada segi fizikaliti salah satunya adalah pada skrin dengan sisi melengkung.

Beralih ke jabatan pengimejan, sistem kuadkamera belakang dan ekakamera depan diguna pakai. Kombinasi kamera belakangnya ialah 50MP, 12MP, 12MP, dan 8MP manakala kamera depannya diberikan sensor 32MP.

Antara perkara unik tentang Vivo X70 Pro 5G ialah simulasi bokeh yang ada beberapa jenis hasil inspirasi daripada beberapa lensa terkenal keluaran Zeiss. Untuk model ini, ada 4 simulasi bokeh boleh ditekap pada gambar iaitu:

  1. Zeiss Distagon
  2. Zeiss Planar
  3. Zeiss Sonnar
  4. Zeiss Biotar

Menyalakan semua perkakasan elektronik telefon ini ialah bateri berkapasiti 4,450mAh. Ia menyokong pengecasan pantas 44W dan tiada pengecasan wayarles ataupun kekalisan air pada piawaian IPX8.

Vivo X70 5G miliki spesifikasi yang sama sahaja dengan model Pro kecuali di beberapa bahagian ini. Pertamanya ialah bahagian skrinnya tidak melengkung sebaliknya panel mendatar dengan bingkai sisi yang lebih tebal dan ketara. Kemudian konfigurasi kameranya sedikit berbeza.

Model ini hadir dengan tiga kamera belakang dengan kombinasi sensor 40MP, 12MP, dan 12MP. Kamera selfienya adalah sams dengan model Pro.

Sungguhpun diperkasa Mediatek Dimensity 1200, amaun RAM dan storan yang diberikan sedikit kerdil berbanding model Pro. Telefon ini dibekalkan RAM 8GB bersama-sama storan 128GB. Namun begitu, ciri RAM Expansion tetap ada untuk perluas RAM dengan mengambil sedikit storan.

Tags: vivovivo x70vivo x70 pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

Vivo X70 5G & X70 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia

22 September 2021
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN