• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

TIPS: Cara kunci skrin di Android untuk kawal kanak-kanak gunakan aplikasi

  • OLEH Fatin Amanina
  • 11:43 am
  • 26/09/2021
  • Komen
TIPS: Cara kunci skrin di Android untuk kawal kanak-kanak gunakan aplikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya anda ingin berkongsi telefon pintar dengan anak anda, supaya mereka dapat bermain permainan atau menonton kartun. Namun, pada masa yang sama pasti anda ada rasa bimbang, jika mereka terbuka aplikasi lain yang tidak sesuai ketika anda tiada disisi mereka.

Untuk iPhone, pengguna boleh aktifkan Guided Access. Untuk pengguna Android, anda boleh aktifkan pin windows. Melaluinya anda boleh mengunci atau pin sesebuah aplikasi yang sedang dibuka dan sesiapa pun tidak boleh menutup aplikasi itu atau membuka perkara lain kecuali dengan menggunakan kata laluan.



Contohnya, anda beri anak anda tonton Youtube Kids di peranti Android. Bagi mengelakkan dia terbuka aplikasi lain seperti WhatsApp, Facebook atau Google, anda boleh pin YouTube Kids itu. Sebelum pin aplikasi, anda perlu ketahui dahulu sistem operasi Android anda. Untuk contoh di bawah ini, saya gunakan Samsung Galaxy A52 dengan sistem operasi Android 11 dan Oppo F9 dengan sistem operasi Android 10.

Berikut merupakan cara untuk pin aplikasi di peranti Android 11.



Pin aplikasi di Android 11 (Samsung Galaxy A52)

Pertama sekali, anda perlu aktifkan fungsi pin windows di bahagian tetapan. Ini caranya:

  1. Buka tetapan
  2. Pilih Biometric and security
  3. Pilih Other security setting di bahagian bawah sekali
  4. Kemudian tekan pin windows dan aktifkannya
  5. Kemudian pilih jenis kunci skrin untuk membuka pin, ada 3 iaitu pattern, pin dan password. Sekiranya anda telah tetapkan jenis kunci skrin pada telefon, maka ia secara automatik akan mengikut jenis kunci skrin utama itu.

Setelah selesai aktifkan pin windows dan jenis kunci skrin, anda kini boleh mula kunci skrin anda. Ini caranya:

  1. Buka mana-mana aplikasi untuk anak anda, contohnya YouTube Kids
  2. Kemudian tekan butang recents pada skrin
  3. Seterusnya pilih Pin this app

Selepas selesai, hanya YouTube Kids sahaja yang boleh ditonton. Anak anda tidak boleh buka aplikasi lain kerana semua butang di bawah iaitu recent, home dan back tidak akan berfungsi jika ditekan seperti biasa. Untuk mematikan pin windows, caranya ialah:

  1. Sentuh butang recents dan back serentak
  2. Skrin akan terpadam dan terkunci
  3. Anda perlu buka kunci telefon dengan masukkan kata laluan, pin atau pattern yang telah anda tetapkan
  4. Skrin akan jadi normal semula

Pin aplikasi di Android 10 (Oppo F9)

Untuk Android 10 ke bawah, caranya hampir sama, cuma namanya bukanlah Pin windows tetapi Screen pinning. Untuk lakukannya anda boleh ikut cara ini:

  1. Buka tetapan
  2. Pilih security
  3. Pilih Screen pinning
  4. Hidupkan Screen Pinning dan pastikan peranti terkunci apabila screen pinning dibatalkan

Anda kemudian boleh bukakan aplikasi yang anda mahu seperti Youtube Kids atau permainan. Kemudian aktifkan screen pinning dengan cara ini:

  1. Sentuh butang recent
  2. Pilih pin

Untuk matikan pin, anda perlu tekan butang back dan recent serentak. Kemudian peranti akan terkunci. Anda perlu masukkan kata laluan telefon untuk gunakan telefon seperti biasa.

Ciri ini bukan sahaja penting untuk kanak-kanak. Ia juga boleh digunakan ketika anda ingin pinjamkan telefon kepada rakan. Contoh, rakan anda ingin melihat aplikasi Shopee, oleh itu anda perlu pin aplikasi Shopee supaya mereka tidak buka aplikasi lain.

[Sumber: Makeuseof, QuickTipsTo]

Tags: androidAndroid Pin App
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
TIPS: Cara kunci skrin di Android untuk kawal kanak-kanak gunakan aplikasi

TIPS: Cara kunci skrin di Android untuk kawal kanak-kanak gunakan aplikasi

26 September 2021
Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

Jangan simpan GrabCoins anda. Tukarkannya kepada baucar dan diskaun!

14 August 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

Sukar pilih laptop kerja yang tepat? MSI Modern 16S AI+ mungkin selesaikan dilema anda

6 October 2026
Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

Bajet 2027: Rakyat dewasa dapat SARA RM100 dua kali, penerima STR sehingga RM1,800 setahun

10 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN