• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Anda ejek iPhone 13 sebab tukar kedudukan kamera sahaja? Anda silap besar

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:49 am
  • 27/09/2021
  • Komen
Anda ejek iPhone 13 sebab tukar kedudukan kamera sahaja? Anda silap besar
Share on FacebookShare on Twitter

Ramai yang katakan bahawa Apple tidak bawakan sebarang pembaharuan ketara pada siri iPhone 13 berbanding siri iPhone 12. Saya cuma separuh bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana untuk duo iPhone 13 mini dan iPhone 13, ia adalah dua telefon yang agak tinggi naik tarafnya.

iPhone 13 & 13 mini nyata berbaloi

Disebalik susunan kamera berserenjang antara satu sama lain itulah letaknya naik taraf itu. Kamera utama pada iPhone 13 dan 13 mini rupanya diwarisi daripada iPhone 12 Pro Max. Berdasarkan data spesifikasi rasmi, kedua-dua telefon ini didatangkan dengan ciri Sensor-Shift Stabilization, yang hanya muncul pada 12 Pro Max sahaja.



Perkara ini disahkan oleh laman iFixit yang lakukan proses teardown secara langsung di saluran YouTube mereka.

Bukan sahaja ada ciri penstabil imej daripada 12 Pro Max, sensornya yang lebih besar mungkin menyebabkan Apple perlu lakukan penyusunan semula pada komponen kamera, maka terhasillah susunan kamera berpepenjuru seperti yang boleh dilihat.



Apa yang anda dapat dengan perbezaan RM500?

Pada kapasiti storan yang serupa, semua iPhone 13 dan 13 mini ada perbezaan harga sebanyak RM500 berbanding keluarga iPhone 12. Selain beroleh sistem kamera yang ditambah baik, anda turut beroleh cip pemproses A15 yang lebih baik serta kapasiti bateri sekitar 400mAh lebih besar.

Berikut adalah perbandingan harga iPhone 13 mini dan iPhone 13 dengan iPhone 12 mini dan iPhone 12.

Apple akan mula menerima tempahan untuk dapatkan siri iPhone 13 pada 1 Oktober 2021 dan penghantaran tempahan bermula 8 Oktober 2021. Beriktu adalah senarai harga keluarga iPhone 13 di Malaysia:

iPhone 13 Mini

  • 128GB – RM3,399
  • 256GB – RM3,899
  • 512GB – RM4,799

iPhone 13

  • 128GB – RM3,899
  • 256GB – RM4,399
  • 512GB – RM5,299

iPhone 13 Pro

  • 128GB – RM4,899
  • 256GB – RM5,399
  • 512GB – RM6,299
  • 1TB – RM7,199

iPhone 13 Pro Max

  • 128GB – RM5,299
  • 256GB – RM5,799
  • 512GB – RM6,699
  • 1TB – RM7,599
Tags: appleapple iphoneApple iPhone 12Apple iPhone 12 MiniApple iphone 13Apple iPhone 13 mini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Anda ejek iPhone 13 sebab tukar kedudukan kamera sahaja? Anda silap besar

Anda ejek iPhone 13 sebab tukar kedudukan kamera sahaja? Anda silap besar

27 September 2021
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN