• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik

  • OLEH Najib
  • 1:18 pm
  • 29/09/2021
  • Komen
TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
Share on FacebookShare on Twitter

Syarikat penyedia elektrik negara, Tenaga Nasional Bhd (TNB) bersama penyedia perkhidmatan penghantaran antarabangsa, DHL Express Malaysia (DHL), telah menjalin kerjasama dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU). Dalam MoU ini, mereka akan bekerjasama membangunkan stesen pengecas kereta elektrik di beberapa lokasi.

MoU ini juga menyaksikan komitmen DHL untuk memperkenalkan kereta elektrik (EV) sepenuhnya dalam barisan pengangkutan mereka. Kumpulan pertama EV DHL dijangka tiba pada pertengahan pertama 2022.



Perkara ini selaras dengan hasrat DHL untuk menjadi syarikat pengangkutan pelepasan sifar (zero emissions) menjelang tahun 2050. Untuk menjayakan usaha ini, Kumpulan DHL merancang untuk membelanjakan EUR7 bilion (~RM35 bilion) dalam 10 tahun akan datang.

Julian Neo, Pengarah Urusan DHL Express Malaysia dan Brunei berkata, sebagai peneraju perkhidmatan penghantaran ekspress antarabangsa, DHL komited untuk menjadi contoh sebagai peneraju industri dalam standard perlindungan iklim. Dengan usaha bersama rakan seperti TNB, mereka boleh mencapai nilai lestari jangka panjang dalam komuniti dan mencapai sasaran sifar pelepasan gas rumah hijau pada 2050.



DHL juga komited untuk mencapai 60% penggunaan kereta elektrik menjelang 2030. 3 van EV akan tiba pada pertengahan pertama 2022, tambah Julian.

TNB pula, akan membangunkan infrastruktur dan memasang stesen mengecas EV di pusat perkhidmatan DHL di Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Serta di beberapa lokasi pilihan di laluan penghantaran.

Selain itu, MoU ini juga menyaksikan pelaburan kedua-dua syarikat di dalam perkakas cekap tenaga, sistem pengurusan tenaga bangunan dan panel solar bumbung.

TNB juga akan memasang dua stesen pengecas pantas untuk membantu operasi DHL di luar pusat perkhidmatan DHL. Salah satu darinya terletak di sub-stesen TNB Dayabumi, menyediakan pengecasan pantas 1 minit untuk perjalanan sejauh 6km.

“TNB sentiasa terbuka untuk menjemput pemain EV untuk menggunakan stesen pengecas. Ini adalah satu kemajuan yang ketara dan kami bekerjasama dengan DHL untuk memastikan ia boleh disiapkan tepat pada masanya,” terang Datuk Ir Megat Jalaluddin Megat Hassan, Ketua Pegawai Runcit TNB.

Kenderaan Elektrik DHL

Julian menjelaskan lebih lanjut mengenai EV mereka, di mana ia sesuai dengan penghantaran dalam bandar. Van EV ini memerlukan hanya 7 jam untuk mengecas bagi perjalanan sehingga 200km. Dalam kajian DHL, van mereka bergerak sekitar 180km sehari untuk penghantaran. Ditambah sokongan pengecas pantas di jalanan, ia mencukupi untuk operasi biasa.

DHL juga ada menyediakan laporan pelepasan karbon dan analisa alam sekitar untuk pelanggan di Malaysia. Terdapat juga pilihan Go Green dalam penghantaran di mana pelanggan boleh memilih untuk penghantaran yang cekap petrol dan lebih lestari.

DHL turut mencari rakan yang berpotensi untuk membantu mereka mengitar semula bahan pembungkusan yang telah digunakan semasa penghantaran.

Sokongan TNB terhadap infrastruktur EV negara

Megat Jalaluddin menjelaskan, MoU dengan DHL ini membuka jalan untuk TNB menyediakan infrastruktur kritikal buat syarikat penghantaran. TNB percaya, mereka boleh menarik minat lebih banyak pelanggan menerusi model perniagaan yang berdaya saing. Ia juga membantu bakal pengguna kereta berubah kepada kereta EV di masa hadapan.

Dalam perancangan mereka, TNB akan meningkatkan kapasiti tenaga boleh diperbaharui kepada 8,300MW pada 2025, berbanding 3,402MW sekarang. TNB akan menggunapakai pelbagai teknologi seperti solar, angin, biomas dan biogas.

Tambah Megat, TNB berusaha untuk mencapai syarikat sifar pelepasan karbon bersih pada 2050. Pelepasan karbon akan dikurangkan kepada 35% dan penggunaan arang kepada 50% pada 2035.

[Sumber: The Edge]

Tags: EVKereta elektrikTNB
Najib

Najib

POPULAR

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik

TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik

29 September 2021
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER