• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Live Instagram boleh dijadualkan, tetapkan ia 90 hari sebelum bermula

  • OLEH Fatin Amanina
  • 8:05 pm
  • 14/10/2021
  • Komen
Live Instagram boleh dijadualkan, tetapkan ia 90 hari sebelum bermula
Share on FacebookShare on Twitter

Adakalanya apabila pengguna mulakan siaran langsung (Live) di Instagram, ada pengikut yang tidak perasan dengan notifikasi Live. Perkara ini membuatkan pengikut terlepas dari mengikuti Live itu. Namun, ada juga pemilik Instagram membuat peringatan Live kepada followers melalui gambar di Feed beberapa hari sebelum Live, tetapi mampukah pengikut mengingatinya?

Instagram kini memberi ciri baru kepada pengguna untuk menjadualkan Live mereka sehingga 90 hari lebih awal sebelum IG Live bermula. Ia dinamakan Schedule. Setelah dijadualkan, notifikasi mengenainya akan dikongsi kepada semua pengikut.



Fungsi Live boleh diakses melalui butang ‘+’ di halaman utama IG. Dapat dilihat pada gambar di bawah, apabila dibuka tab Live, akan ada pilihan schedule tersedia. Kemudian, pengguna boleh isi maklumat Live seperti tajuk, waktu mula dan tambah produk jika ada. Setelah selesai, followers akan terima notifikasi mengenai jadual Live itu dan boleh pilih untuk diingatkan tentangnya. Mereka akan diberitahu tentang Live itu sehari dan 15 minit sebelum ianya bermula.

Setakat ini, saya belum temui lagi ciri Schedule dalam IG saya, mungkin ia dilancarkan kepada pengguna secara berfasa. Tetapi, jika anda perasan, Youtube sudah lama mempunyai ciri. Mereka membolehkan pencipta kandungan menjadualkan video pra-rakaman melalui ciri Premier.



Dalam masa yang sama, Instagram turut menyediakan ciri Practice Mode. Ia membolehkan pengguna melakukan latihan dan persediaan sebelum Live bagi menguji rangkaian, cahaya dan menyediakan persiapan awal lain yang mungkin diperlukan. Anda boleh pilih sama ada ingin berlatih sendiri atau bersama pengguna lain. Melalui Practice Mode, followers tidak akan diberitahu mengenai latihan Live anda itu. Dibandingkan dengan Live biasa, followers akan terima notifikasi bahawa anda sedang bersiaran langsung sebaik sahaja anda memulakannya.

Seperti gambar di bawah, untuk menggunakan fungsi ini, anda hanya perlu tekan butang Live seperti biasa. Kemudian, akan keluar dua pilihan iaitu Public dan Practice. Tidak pasti bila ia boleh dicuba, tetapi ciri ini akan dilancarkan tidak lama lagi.

Bagi saya, dengan adanya ciri Schedule ini, pengikut akan lebih peka dan ingat tentang sesebuah Live yang ingin disertai. Pada masa yang sama, pasti pemilik Live akan terima penonton yang ramai ketika Live berlangsung, disebabkan mereka diingatkan tentang acara ini. Ciri ini mungkin berguna buat pengguna yang berpengaruh, serta pengguna yang sering berniaga secara Live di Instagram.

[Sumber: TechCrunch]

Tags: instagraminstagram live
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Live Instagram boleh dijadualkan, tetapkan ia 90 hari sebelum bermula

Live Instagram boleh dijadualkan, tetapkan ia 90 hari sebelum bermula

14 October 2021
Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

Xiaomi lancar Redmi Pad 2 9.7, tablet kompak dengan skrin 120Hz dan cip Snapdragon

29 April 2026
iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

iQoo Z11 akan tiba di Malaysia dengan bateri 9,020mAh, tempahan dibuka sekarang

28 April 2026
Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

Infinix GT 50 Pro bakal dilancar 5 Mei ini dengan sistem penyejukan HydroFlow baharu

27 April 2026
Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

Galaxy A57 5G & A37 5G kini lebih murah, Samsung tawar penjimatan sehingga RM900

4 May 2026
HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

HONOR 600 Pro vs HONOR 400 Pro – Ada banyak yang dinaik taraf?

5 May 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN