• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Bajet 2022: Tablet PerantiSiswa boleh dimohon seawal April 2022

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:56 am
  • 01/11/2021
  • Komen
Internet berkelajuan 500Mbps, kehendak atau keperluan?
Share on FacebookShare on Twitter

Seperti yang kami laporkan tempoh hari, kerajaan Malaysia telah memperuntukkan RM450 juta untuk membekalkan 600 ribu unit tablet kepada pelajar dalam golongan B40 di institusi pengajian tinggi. Berita terbaharu daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), mereka telah menambah butiran lanjut tentang Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SKMM, permohonan untuk mendapatkan tablet-tablet di bawah program ini dijangka dilakukan dalam Suku 2 2022 (April – Jun 2022). Sebanyak 6 telco dipetik akan menyertai program ini iaitu:



  • Celcom
  • Digi
  • Maxis
  • U Mobile
  • Telekom Malaysia
  • YTL

Tidaklah diketahui bagaimanakah mekanisme pemberian tablet ini kelak. Namun, kalau diberikan melalui telco, sudah tentu ia akan dipakejkan kedalam pelan berkontrak seperti yang berlaku sebelum-sebelum ini iaitu dalam Program Jaringan Prihatin Rakyat. Di bawah program itu, pengguna ditambat pada kontrak sekurang-kurangnya 12 bulan ataupun yang tiada kontrak, perantinya sangatlah rendah spesifikasi, contohnya apa yang berlaku dalam penawaran YES 4G.

Diharapkah mekanisme pemberiannya perlu lebih cekap kerana program seakannya dilihat kurang lancar perjalannya. Inisiatif Cerdik yang menjanjikan 150 ribu laptop kepada pelajar menerima kritikan apabila hanya 13 ribu unit diedarkan dalam tempoh 4 bulan (purata 3,250 laptop sebulan) program itu berjalan.



Setelah kritikan itulah perjalanannya sedikit pantas. Menurut perkembangan terbaharu Inisiatif Cerdik, mereka telah mengedar 150 ribu unit laptop setakat 29 Oktober 2021 (purata 15 ribu unit laptop sebulan).

Bacaan berkaitan

Bajet 2022: RM150 kredit eWallet untuk belia
Bajet 2022: Tablet RM750 untuk setiap mahasiswa B40 di IPTA
Bajet 2022: Bantuan Keluarga Malaysia sehingga RM2,500 untuk yang layak
Tags: bajet 2021perantisiswa keluarga malaysia
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Internet berkelajuan 500Mbps, kehendak atau keperluan?

Bajet 2022: Tablet PerantiSiswa boleh dimohon seawal April 2022

1 November 2021
Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

Xiaomi 17 Pro Max disahkan ada skrin kedua & diperkasa Snapdragon 8 Elite Gen 5

17 September 2025
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER