[Artikel ini dibawakan oleh iRobot™]
Kebanyakan individu tidak menyedari bahawa mereka memerlukan robot vakum, kerana mereka belum pernah mencubanya. Setelah sekian lama menggunakan vakum jenis manual, ada individu yang tidak tahu bahawa vakum robot mampu bekerja lebih baik.
Sebut sahaja tentang robot vakum, perkataan pertama yang terlintas di fikiran kebanyakan individu adalah ‘RoombaⓇ’. Kerana RoombaⓇ merupakan robot vakum pertama yang berjaya secara komersial dan ia adalah robot pembersih kegemaran pengguna.
Berikut merupakan 4 sebab individu memilih robot vakum dari iRobot™ serta kelebihan memiliki RoombaⓇ 692.
1. Ada 3 peringkat sistem pembersihan (Sistem AeroVac® 1)
Pertama, RoombaⓇ 692 ada berus penyapu pada bahagian sisi (Edge-Sweeping brush) dan ia boleh membersih bahagian tepi dinding kediaman. Berus ini direka khas pada sudut 27 darjah untuk menyapu serpihan sampah dari bahagian tepi, sudut dan pada laluan yang perlu dibersihkan di atas lantai.
Ia juga bekerja secara cekap membersihkan habuk dan pelbagai jenis kekotoran di tepi dinding atau pintu rumah.
Kedua, ia memiliki berus pelbagai permukaan dan kepala pembersih yang dilaraskan automatik (Multi-surface brushes & Auto-adjust cleaning head). Melaluinya, robot mampu membersihkan habuk kecil dan serpihan sampah yang besar, dari permukaan karpet dan lantai yang keras.
2. Teknologi Dirt Detect™
RoombaⓇ 692 boleh mengenal pasti dan memberi tumpuan kepada kawasan yang mempunyai banyak sampah atau kekotoran yang sering terkumpul. Jadi, pengguna tidak akan risau dengan hasil kerjanya.
Ia turut mempunyai sensor Cliff Detect. Sensor ini mampu menahan robot daripada terjatuh dari tangga secara automatik.
3. Bateri bertahan 90 minit
Jika kediaman terlalu luas, pengguna tidak perlu bimbang dengan kapasiti bateri RoombaⓇ 692. Ia mampu bertahan selama 90 minit dengan satu kali pengecasan. Apabila kehabisan bateri, ia akan pulang ke dock pengecas dengan sendiri dan cas semula secara automatik.
4. Aplikasi iRobot™ HOME
Robot ini boleh mula bekerja tanpa perlu ada siapa pun disampingnya. Pengguna hanya perlu sambungkan ia ke aplikasi iRobot™ HOME. Dari situ, pengguna boleh tetapkan waktu ia bekerja, membuat jadual dan arahkan ia pulang semula ke dock pengecas.
Jika anda mempunyai RoombaⓇ, anda tidak perlu lagi bersusah payah melakukan rutin pembersihan yang rumit seperti:
- Keluarkan vakum manual dari bilik, kemudian perlu pasang plug vakum pada dinding.
- Alihkan perabot atau hiasan rumah di atas lantai untuk membersihkan permukaan.
- Sapu kekotoran sehingga ia menjadi selonggok sampah dan menyebabkan anda terhidu habuk yang berterbangan.
- Bekerja keras membersihkan kawasan yang susah dicapai. Seperti menolak tiub vakum atau penyapu untuk membersihkan ruang di bawah sofa dan bawah katil.
- Membersihkan sampah yang tersangkut di penyapu seperti rambut, benang atau habuk. Dengan menggunakan robot vakum, berusnya mudah diselenggara dan dibersihkan.
Selain itu, dengan robot vakum juga, anda tidak perlu bersusah payah membersihkan rumah. Ibarat pembantu, RoombaⓇ 692 akan selesaikan semua tugas pembersihan.
Anda pula boleh keluar lakukan aktiviti harian dan luangkan masa bersama keluarga atau rakan. Tetapi, anda masih akan berasa senang hati, kerana lantai kekal bersih apabila anda pulang ke rumah.
Jika berminat untuk dapatkan robot vakum RoombaⓇ 692, anda boleh lihatnya di laman sesawang Visionary Solutions, atau dapatkannya di Lazada atau Shopee.
Selain itu, dalam keluarga iRobot™, ada banyak lagi jenis vakum RoombaⓇ yang boleh anda pilih. Untuk mengethauinya, anda boleh ke laman sesawang rasmi iRobot™ atau ikuti mereka di akaun media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.