• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Polis tahan suspek tipu jualan PS5, kerugian dilapor sekitar RM500 ribu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:31 pm
  • 15/11/2021
  • Komen
Polis tahan suspek tipu jualan PS5, kerugian dilapor sekitar RM500 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi pengesahan tentang penahanan seorang individu 23 tahun bagi menyelesaikan kes penipuan pembelian Playstation 5 (PS5) yang melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Tiada sebarang nama dikongsikan setakat ini selain mereka memaklumkan perintah reman selama 2 hari telah dikeluarkan mahkamah. Suspek telah hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Georgetown sebelum ditahan.



Utusan Malaysia pula melaporkan kerugian mencecah kira-kira RM500 ribu dikenal pasti. Ia berikutan suspek gagal memenuhi tempahan PS5 kliennya dan ramai yang telah mula meminta ganti rugi.

Suspek dikatakan membina reputasi sebagai penjual berkaliber dengan memetik individu-individu terkenal pernah menjadi pelanggannya. Daripada situ, semakin ramai telah mendekatinya untuk berurusan.



Tidaklah diketahui bagaimanakah dia beroleh stok PS5 yang terlalu banyak sedangkan sehingga kini, Sony Malaysia masih meletakkan konsol itu di bawah tempahan awal walaupun sudah hampir setahun konsol itu dilancarkan.

Penjualan PS5 yang tidak melalui Sony Malaysia biasanya dilakukan dengan harganya dinaikkan berbanding harga rasmi. Untuk pasaran Malaysia, harga rasmi konsol itu di sini adalah:

  • PS5 Digital – RM1,869
  • PS5 Disc – RM2,299

Rata-rata penjual pihak ketiga menjualnya jauh melebihi harga rasmi sehinggakan ada yang mengaut untung bersih ribuan ringgit untuk sebuah konsol.

Bacaan berkaitan

Lihatlah bagaimana IKEA bantu pelanggannya beli kabinet untuk PS5 – SoyaCincau.com

PS5 masuki Malaysia pada 11 Disember 2020, ini harga rasminya dan bila boleh tempah – SoyaCincau.com

Tags: ps5SCAMSonysony playstation 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Polis tahan suspek tipu jualan PS5, kerugian dilapor sekitar RM500 ribu

Polis tahan suspek tipu jualan PS5, kerugian dilapor sekitar RM500 ribu

15 November 2021
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
[ KEMASKINI ] Sistem kad debit & kredit Maybank, serta MAE dan Maybank2u tergendala

Maybank: Kemas kini aplikasi MAE sebelum 11 April untuk elak gangguan

4 April 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN