• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature

Cara mudah compress video untuk jimatkan ruang storan dan kuota Internet anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:13 pm
  • 16/11/2021
  • Komen
Cara mudah compress video untuk jimatkan ruang storan dan kuota Internet anda
Share on FacebookShare on Twitter

Memampatkan file video adalah amalan biasa dilakukan dalam dunia digital untuk mencapai beberapa objektif. Antaranya adalah:

  1. Mengurangkan penggunaan ruang storan dalam peranti
  2. Mengurangkan penggunaan jalur sewaktu penstriman

Ada dua kaedah utama boleh dipraktikkan dalam proses memampatkan fail iaitu:



  1. Mengecilkan resolusi video dan audio
  2. Menggunakan algoritma pemampat yang lebih cekap

Guna YouTube untuk jalankan tugas bagi pihak anda

Benda percuma, gunakan sajalah. Apa yang anda perlukan adalah untuk muat naik video yang ingin dikecilkan saiz failnya ke YouTube.

Manfaat paling besar bila anda gunakan YouTube untuk memampatkan fail adalah superkomputer YouTube akan jalankan semua tugasan berat bagi pihak anda.



Nak muat naik video ke YouTube mudah sahaja. Anda boleh pergi ke YouTube Studio menggunakan akaun Google anda dan cari butang Upload.

Untuk proses upload, ikut saja arahan atas skrin. Tapi ada dua benda penting anda perlu lakukan. Pertama adalah untuk setkan Visibility kepada Private untuk elakkan sebarang Copyright Strike.

Kedua, anda perlu simpan URL video YouTube yang anda muat naik.

Tunggu sahaja fail untuk habis dimuat naik. Bila selesai, anda masih perlu tunggu lagi untuk benarkan YouTube memproses fail vide tersebut.

Sekiranya anda tak sabar, apabila anda pergi ke URL video yang anda simpan tadi, paparan ini akan keluar.

Bila anda dah boleh tonton video pada resolusi tertinggi, anda bolehlah bergerak ke fasa berikutnya iaitu muat turun daripada YouTube.

Ada macam-macam laman web dalam talian yang menyediakan khidmat muat turun tapi saya gemar gunakan ytmate.com.

Anda masih ada URL yang saya minta anda simpan tadi? Buka URL tadi dan biarkan video dimainkan seketika dan anda akan dapati yang URL pendek tadi telah bertukar jadi URL penuh.

Di ruang alamat web, tambah “pp” selepas abjad “e” dalam youtube dan sebelum “.com”.

https://www.youtube.com/watch?v=zxgopilRwjo

jadi

https://www.youtubepp.com/watch?v=zxgopilRwjo

Disebabkan ia percuma, anda kena tahan sikit bilangan iklan yang dibanjirkan kepada anda. Paling penting, jangan tekan sebarangan. Anda akan dihidangkan dengan beberapa pilihan resolusi video beserta dengan anggaran saiz fail bila anda muat turun.

Daripada 1GB, saya boleh kecilkan kepada 0.24GB sahaja. Tapi, resolusinya terhad kepada 1080p sahajalah. Kalau nak lagi kecil, anda boleh cuba 720p sehinggalah 144p yang cuma gunakan 0.183% storan berbanding saiz asal.

Kenapa tak guna perisian Handbrake?

Ada seribu satu cara untuk anda lakukan pengoptimuman fail. Misalnya ramai yang akan sarankan Handbrake, perisian yang versatil dan percuma untuk tujuan tersebut. Saya setuju dengan saranan itu.

Kaedah yang saya kongsikan ini lebih universal kerana hanya melibatkan pelayan web. Makanya, ia terpakai untuk semua peranti yang ada pelayan web, daripada desktop hinngalah ke tablet dan telefon pintar.

Tags: tipstips & trickstips dan tricksvideo
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Cara mudah compress video untuk jimatkan ruang storan dan kuota Internet anda

Cara mudah compress video untuk jimatkan ruang storan dan kuota Internet anda

16 November 2021
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER