• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pesan & Ambil di Lotus’s kini lebih mudah, pelanggan boleh beli & bayar melalui WhatsApp

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:44 pm
  • 16/11/2021
  • Komen
Pesan & Ambil di Lotus’s kini lebih mudah, pelanggan boleh beli & bayar melalui WhatsApp
Share on FacebookShare on Twitter

Lotus’s Stores Malaysia Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia) bekerjasama dengan GHL Systems Berhad, meluaskan lagi pilihan pembayaran pembeli peribadi, Pesan & Ambil. Pelanggan kini boleh lakukan pembayaran tanpa tunai melalui perbankan dalam talian dan e-dompet. Seterusnya anda akan dipautkan terus ke ruang mesej WhatsApp untuk berhubung dengan pembeli peribadi.

Pesan & Ambil merupakan pilihan kepada pelanggan yang mahu membeli belah dalam keadaan cepat, tanpa perlu meluangkan masa di dalam pasaraya untuk mencari barang keperluan. Ia sangat membantu pelanggan lebih-lebih lagi bagi warga emas, orang kurang upaya dan individu yang menghidapi penyakit kronik.



Ia juga boleh bantu anda mengekalkan jarak fizikal dengan orang awam. Pembeli peribadi akan uruskan item yang anda mahukan, manakala anda hanya perlu bayar dan ambil sahaja barang tersebut.

Berikut merupakan langkah yang anda boleh lakukan untuk membeli barang melalui Pesan & Ambil :



  1. Hantar pesanan anda kepada pembeli peribadi Lotus’s melalui aplikasi WhatsApp. Anda boleh lihat nombor WhatsApp 62 buah pasaraya Lotus’s di seluruh Semenanjung Malaysia di sini.
  2. Senaraikan barang yang diperlukan beserta nama dan cara pembayaran
  3. Anda akan dihubungi jika barang yang anda mahukan tiada dan mereka akan dapatkan kepastian jika item boleh digantikan dengan yang lain
  4. Pembeli peribadi akan sahkan pesanan dan kongsi pautan pembayaran dalam talian
  5. Lakukan pembayaran dan kongsikan resit
  6. Anda boleh ambil pesanan sebelum jam 6 petang melalui 3 cara, iaitu ambil sendiri di kaunter khas, pandu lalu atau anda uruskan pengambilan melalui pihak ketiga seperti menggunakan Lalamove atau Grab.

Pesanan boleh dibuat melalui WhatsApp pada bila-bila masa antara jam 8 pagi hingga 4 petang setiap hari. Sekiranya gagal mengambil pesanan sebelum 6 petang, pesanan tersebut akan dibatalkan dan wang yang sudah dibayar secara dalam talian tidak akan dipulangkan. Jika anda pilih untuk bayar di dikaunter, kod bar bayaran akan dikongsikan kepada anda setelah pesanan tersedia untuk diambil. Anda kemudian perlu lakukan pembayaran di kaunter khas yang disediakan.

Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai sistem Pesan & Ambil di pasaraya Lotus’s dan kaedah pembayarannya di sini.

Tags: GHLLotus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Pesan & Ambil di Lotus’s kini lebih mudah, pelanggan boleh beli & bayar melalui WhatsApp

Pesan & Ambil di Lotus’s kini lebih mudah, pelanggan boleh beli & bayar melalui WhatsApp

16 November 2021
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER