• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wee Ka Siong bongkar kebenaran projek kabel Apricot dan Yoshio Sato

  • OLEH Najib
  • 3:51 pm
  • 16/11/2021
  • Komen
Wee Ka Siong bongkar kebenaran projek kabel Apricot dan Yoshio Sato
Share on FacebookShare on Twitter

Menjawab kepada penerangan semakan fakta oleh ahli parlimen DAP, Dr Ong Kian Ming tentang debat kabotaj yang lepas, Menteri Pengangkutan, Datuk Dr Wee Ka Siong menyatakan bahawa dia tiada pilihan lain selain mendedahkan kebenaran yang sebenar, jika Dr Ong masih berdegil tentang kenyataan semakan faktanya.

Sehubungan itu, Dr Wee telah memuat naik kenyataan di Facebook bersama potongan video yang menunjukkan persidangan antara beliau dan Encik Yoshio Sato, yang menerangkan tentang projek kabel dasar laut dan kedudukan Yoshio Sato di dalam Orient Link. Semasa debat kabotaj yang lepas, Dr Wee memperkenal Yoshio Sato sebagai Naib Presiden di NTT Ltd.



Menteri Pengangkutan berkata bahawa beliau telah memberi jawapan dengan sangat jelas. Dr Wee menambah, “Pemimpin DAP yang juga ejen YB Lim Guan iaitu YB Dr. Ong Kian Meng merangkap Ahli Parlimen Bangi ini masih tak puas hati dan beliau memulakan serangan ke atas diri saya 6 hari yang lalu. Saya telah pun menghantar mesej kepada Dr Ong supaya semak fakta dulu. Lim Guan Eng yang telah “menang” debat menyerang saya lagi dan menuduh saya kononnya berdiam diri dan tidak menjawab 5 soalan yang telah dibangkitkan oleh YB Dr Ong Kian Meng.”

Siapa Yoshio Sato di NTT Ltd?

Dr Wee mengatakan bahawa, ikutkan hati dia sudah malas menjawab. Bagi mengelakkan orang ramai terus terkeliru dan terpengaruh dengan propaganda salah pemimpin DAP, maka dia perlulah menjawabnya. Dr Wee menjelaskan lagi, menuduh Sato tidak bersama NTT tanpa berasaskan fakta merupakan satu fitnah.



Kementerian Pengangkutan telah bercakap secara langsung dengan pihak yang memulakan, penggerak & pemilik asal projek kabel APRICOT. Bukannya rakan konsortium, penyewa utama (anchor tenant) dan “subscriber” perkhidmatan APRICOT. Pada masa yang sama, Dr Wee juga tidak menafikan sebarang tuntutan yang dibuat oleh lain-lain pemegang saham dalam projek kabel tersebut.

Di dalam video itu, Dr Wee menyatakan bahawa Orient Link, syarikat usahasama yang akan menggerakkan projek kabel dasar laut MIST, memiliki NTT sebagai pemegang saham terbesar. Encik Sato juga telah mengesahkan bahawa dirinya adalah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kepada syarikat Orient Link. SoyaCincau telah menghubungi pihak NTT Ltd untuk penjelasan tentang kedudukan Encik Sato dan masih belum menerima maklum balas mengenainya.

Soalan yang Menteri Pengangkutan belum jawab

Selain status pemilik projek APRICOT, Dr Wee masih tidak menjawab persoalan lain yang ditimbulkan oleh Dr Ong. Ahli Parlimen DAP tersebut mempersoalkan tentang hubungan antara Orient Link dan OMS Group yang dikatakan sebagai penerima manfaat kepada polisi kabotaj. Dia juga mempersoalkan tentang kedudukan encik Sato yang kelihatan tidak layak dan bebas apabila memberi pandangan tentang polisi kabotaj.

Semasa debat dengan Lim Guan Eng, Dr Wee mengatakan bahawa ada syarikat Malaysia memiliki kapal DP2 untuk kerja baik pulih kabel dasar laut. Tetapi Dr Ong menjawab bahawa kenyataan tersebut tidak tepat, berdasarkan maklumat yang terdapat di laman web OMS Group. Laman web tersebut menyatakan bahawa kapal OMS Lodbrog adalah kapal jenis DYNAPOS AM/AT, bermakna ia adalah kapal DP1 atau DP(AM). Sebagai perbandingan, kapal yang dimiliki syarikat Singapura, Asean Explorer adalah jenis DP2(AA) dan ia digunakan oleh gergasi teknologi untuk kerja-kerja pembaikan kabel dasar laut di Malaysia.

Kapal OMS Lodbrog

Kalau kapal Lodbrog ada ciri DP2 seperti yang dinyatakan Dr Wee sebelum ini, kenapa ada sehingga 12 lesen diluluskan untuk kapal luar masuk ke Malaysia?

Masalah kabotaj telah dibangkitkan oleh pelbagai gergasi teknologi kerana ia memberi kesan kepada pelaburan digital serta kestabilan internet di dalam negara. Beberapa nama besar termasuk Amazon Web Services, Facebook, Google dan Microsoft, pernah menulis surat kepada Perdana Menteri ke-8 dan Perdana Menteri ke-9 untuk meminta pengecualian kabotaj supaya kerja-kerja baik pulih kabel dasar laut boleh dijalankan dengan segera, untuk mengurangkan impak terhadap gangguan kerosakan kabel.

Sebelum ini, kerja baik pulih kabel dasar laut mengambil masa sehingga 27 hari kerana kapal asing perlu mendapatkan Lesen Perkapalan Dalam Negeri (Domestic Shipping License, DSL). Masa purata kelulusan telah dikurangkan kepada 3 hari selepas eDSL diperkenal apabila Dr Wee mengambil alih jawatan Menteri Pengangkutan. Bagaimanapun, eDSL masih dilihat sebagai halangan yang tidak perlu oleh gergasi teknologi dan mereka masih meminta untuk pengecualian kabotaj, bagi mengurangkan lagi masa dan impak ekonomi apabila kerosakan kabel berlaku.

[Sumber: Wee Ka Siong]
[Gambar: Malay Mail]

Bacaan Berkaitan

  • Gergasi sektor IT bodek PM ke-9 untuk rungkai isu kabotaj
  • Wee Ka Siong dedah kabel dasar laut baru ke Malaysia, sangkal hilang pelaburan
  • Ini fakta mengelirukan diberi Menteri Pengangkutan semasa debat kabotaj

Tags: apricotkabotajnttwee ka siong
Najib

Najib

POPULAR

Wee Ka Siong bongkar kebenaran projek kabel Apricot dan Yoshio Sato

Wee Ka Siong bongkar kebenaran projek kabel Apricot dan Yoshio Sato

16 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER