• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS iOS

Video TikTok kini boleh ditonton bersama pengguna lain melalui FaceTime

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:26 pm
  • 17/11/2021
  • Komen
Video TikTok kini boleh ditonton bersama pengguna lain melalui FaceTime
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam iOS 15, ada sebuah ciri dinamakan SharePlay. Ia membolehkan pengguna mendengar lagu, menonton rancangan TV dan bermain permainan dengan individu lain ketika sedang membuat panggilan FaceTime .

Dalam pada itu, TikTok kini bawakan satu halaman baru iaitu For Us yang boleh dilihat oleh pengguna, bersama individu lain semasa sedang lakukan panggilan FaceTime dan gunakan SharePlay.



Perkara ini dikesan oleh seorang pengguna yang bernama Aether dan dia telah kongsikannya melalui Twitter. Kebiasaanya, halaman utama di TikTok yang dipaparkan untuk pengguna ialah For You. Namun, apabila pengguna berada dalam panggilan FaceTime dan menggunakan SharePlay, tab ini akan bertukar kepada For Us.

Using SharePlay with TikTok gives you the “For Us” page pic.twitter.com/HbESC0RZLF

— Aether 🥽🌈 (@AetherAurelia) November 15, 2021

Halaman For Us ini menggabungkan cadangan video kegemaran pengguna dan algoritma. Berdasarkan pengalaman Aether menggunakan ciri ini bersama rakannya di FaceTime, apabila dia swipe video yang lain, video yang dicadangkan oleh TikTok seperti disasarkan untuknya. Manakala apabila kawannya yang menukar video, dilihat seperti video itu disasarkan kepada rakannya pula.



Untuk menggunakan SharePlay pada iPhone atau iPad dan tonton video TikTok bersama, anda boleh ikut langkah di bawah:

  1. Pastikan anda sudah kemaskini peranti anda kepada iOS 15.1
  2. Mulakan FaceTime dan pastikan kenalan itu turut kemaskini pada sistem iOS 15.1 juga
  3. Buka TikTok, kemudian klik pada butang SharePlay
  4. Pastikan anda berkongsi skrin TikTok anda. Halaman For You akan bertukar kepada For Us
  5. Untuk tamatkan SharePlay atau perkongsian skrin, klik ikon di bahagian atas kiri iPhone anda, klik ikon SharePlay dan tamatkan SharePlay.

Jika sebelum ini anda sering kongsikan video menarik di TikTok kepada individu dengan cara mesej peribadi atau tag nama mereka pada sesebuah video, kini anda boleh terus tontonnya bersama melalui FaceTime.

[Sumber: 9TO5Mac]

Tags: iOSTikTok
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Video TikTok kini boleh ditonton bersama pengguna lain melalui FaceTime

Video TikTok kini boleh ditonton bersama pengguna lain melalui FaceTime

17 November 2021
KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

KTM tawar tambang sehala eksklusif RM375 ke Hat Yai dengan Mysawasdee!

28 September 2026
BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

BeONE Mobile dilancar, telco MVNO dikuasakan Maxis dengan pelan 150GB dari RM25

28 September 2026
Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

Xiaomi 18 Pro & 18 Pro Max dilancar dengan paparan ‘Privacy Display’, Snapdragon 8 Elite Gen 6

24 September 2026
GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

GSC keluarkan bekas popcorn eksklusif Nano Gauntlet Iron Man RM159!

24 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN