• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur

  • OLEH Najib
  • 12:48 pm
  • 26/11/2021
  • Komen
Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
Share on FacebookShare on Twitter

Orang ramai akan dapat melihat pengecas kenderaan elektrik (EV) di stesen minyak Petronas di lebuh raya tahun hadapan. Ia selepas Petronas Dagangan Bhd (PDB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd dan EV Connection Sdn Bhd (EVC), pengendali rangkaian JomCharge di Malaysia, untuk menempatkan pengecas pantas EV arus terus (DC) di stesen Petronas menjelang separuh pertama 2022.

Menurut PDB, perkongsian strategik ini bertujuan untuk menangani masalah kekurangan pengecas pantas bagi pemandu kenderaan elektrik di Malaysia. Menerusi kerjasama ini, PDB merancang memasang pengecas pantas EV di lima stesen Petronas dalam fasa perintis, di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.



Sumber

Naib Presiden Pemasaran Petronas, Ahmad Adly Alias berkata, melalui perkongsian ini pengecas pantas akan disediakan di lokasi strategik dengan memanfaatkan rangkaian meluas stesen Petronas bagi memberi kemudahan kepada pelanggan. PDB melihat pelaburan dalam kemudahan pengecasan kenderaan elektrik ini sebagai satu langkah yang perlu untuk menggalakkan penerimagunaan kenderaan elektrik di Malaysia

Sementara itu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Malaysia, Michael Jopp berkata, tahun 2022 menandakan bermulanya strategi agresif model Mercedes-EQ. Mercedes-Benz Malaysia akan memperkenalkan pelbagai model kenderaan elektrik premium bagi bersiap sedia dengan peralihan mobiliti pada masa depan, sejajar dengan strategi global Mercedes-Benz untuk mengeluarkan semua kenderaan elektrik menjelang akhir dekad ini sekiranya keadaan pasaran mengizinkan.



Pengarah Urusan EVC, Lee Yuen How berkata, berikutan dasar yang jelas dan sokongan daripada kerajaan dalam Bajet 2022, syarikat itu percaya tahun depan akan menjadi titik permulaan bagi penerimagunaan kenderaan elektrik di Malaysia. EVC membekal dan memasang lebih 800 unit pengecas kenderaan elektrik dan ketika ini ia memiliki rangkaian terbesar pengecas pantas di bawah rangkaian JomCharge.

Dalam pembentangan Bajet 2022, kerajaan bercadang memberikan pengecualian sepenuhnya ke atas duti import, duti eksais dan cukai jualan bagi kenderaan elektrik (EV). Pengecualian cukai jalan sehingga 100% juga diberikan kepada kenderaan berkenaan.

Di samping itu, pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM2,500 turut diberikan ke atas kos pembelian dan pemasangan, sewaan dan sewa beli kemudahan serta bayaran yuran langganan kemudahan pengecasan EV.

[Sumber: Berita Harian]

Bacaan Berkaitan

  • TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
  • Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia
  • Vinfast e34: Kereta SUV elektrik pertama Vietnam diperkenal kepada umum
Tags: EVJomChargeMercedesPetronas
Najib

Najib

POPULAR

Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur

Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur

26 November 2021
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER