• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Wanita ini ada darah emas, hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia milikinya

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:24 pm
  • 30/11/2021
  • Komen
Wanita ini ada darah emas, hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia milikinya
Share on FacebookShare on Twitter

Kumpulan darah yang biasa masyarakat dengar ialah A, B, AB dan O. Ia dikategorikan lagi dengan Rh+ dan RH-. Baru-baru ini, Facebook Derma Darah Terengganu Kite ada berkongsi penemuan darah dari kumpulan Rhnull (RH-) milik seorang wanita di Malaysia.

Kumpulan darah Rhnull ini tidak mengandungi antigen Rh (protein) pada sel darah merah (RBC). Ia juga sangat sukar ditemui dan pemiliknya dilaporkan hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia. Darah itu juga digelar sebagai ‘The Golden Blood’ (darah emas).



Jelas halaman itu, darah yang didermakan akan dihantar ke Pusat Darah Negara, Kuala Lumpur untuk disejuk bekukan dan seterusnya akan disimpan dalam peti nitrogen -80 darjah celsius selama 10 tahun. Jika ada pesakit yang memerlukan darah jenis ini, maka darah ini akan dicairkan untuk digunakan.

Menurut Australian Academy of Science, orang yang hidup dengan jenis darah ini tidak mempunyai sebarang antigen Rh (protein) pada sel darah merah. Darah yang jarang ditemui ini, pertama kali dijumpai adalah pada tahun 1961, milik seorang wanita Aborigin di Australia. Memandangkan ia jarang ditemui, maka darah jenis Rhnull adalah amat terhad. Ia secara tidak langsung akan menjadi kesukaran apabila proses transfusi darah diperlukan.



Bagaimana kumpulan darah emas boleh wujud?

Kumpulan darah emas adalah hasil dari mutasi genetik. Keadaan berikut mungkin akan menyebabkan anak anda ada risiko yang lebih tinggi untuk berada dalam kumpulan darah Rhnull:

  1. Perkahwinan antara keluarga contohnya antara sepupu, adik beradik lelaki, atau sesiapa sahaja yang merupakan saudara dekat atau jauh.
  2. Perubahan atau kehilangan gen tertentu, iaitu RHD dan RHCE atau RHAG
  3. Gen abnormal, mempunyai ciri penyakit yang diturunkan melalui keluarga

Komplikasi darah emas

Orang yang mempunyai jenis darah Rhnull cenderung menghidap hemolytic anemia sejak lahir. Hemoglobin dan RBCs penghidap akan berkurang dengan cepat. Mereka juga akan selalu berwajah pucat dan tidak bermaya. Selain susah mendapat darah dari jenis yang sama, mereka juga mempunyai risiko keguguran jika bayi mempunyai jenis darah Rh-positif. Komplikasi lain yang berkemungkinan dialami ialah kegagalan buah pinggang.

Jika anda memenuhi kriteria penderma darah, anda disarankan untuk melibatkan diri dalam kempen derma darah yang dianjurkan oleh mana-mana pihak tidak kira jenis apa pun darah anda. Mungkin, dengan darah yang anda derma itu, ia mampu menyelamatkan nyawa orang lain.

[Sumber: MalayMail, MedicineNet]

Tags: Golden Blood
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Wanita ini ada darah emas, hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia milikinya

Wanita ini ada darah emas, hanya 43 orang sahaja di seluruh dunia milikinya

30 November 2021
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER