• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Adobe

Adobe lancar Creative Cloud Express, aplikasi suntingan sangat mudah untuk guna & percuma

  • OLEH Fatin Amanina
  • 5:29 pm
  • 14/12/2021
  • Komen
Adobe lancar Creative Cloud Express, aplikasi suntingan sangat mudah untuk guna & percuma
Share on FacebookShare on Twitter

Anda pernah tak rasa rumit, apabila lakukan sunting melalui Adobe Photoshop, Premiere Pro atau Illustrator? Walaupun sudah tengok tutorial di YouTube, masih tetap tak berjaya hasilkan rekaan yang anda mahukan. Lebih-lebih lagi apabila perisian tersebut mempunyai banyak pilihan tab dan pelbagai alat suntingan.

Jika ya, lepas ini anda boleh cuba lakukan suntingan melalui Creative Cloud Express. Adobe baru sahaja lancarkan platform ini. Ia menawarkan versi asas alat suntingan imej dan video serta perpustakaan font yang besar. Semuanya di dalam antara muka yang ringkas, menjadikan ia lebih mudah digunakan oleh sesiapa sahaja yang mahu berkarya. Malah, ia juga sesuai digunakan oleh individu yang bukan pakar dalam reka bentuk grafik.



Menariknya, ada banyak kategori tersedia untuk lakukan suntingan gambar. Contohnya kategori flyers (risalah), logo, YouTube Thumbnail, menu, poster dan resume. Ia sangat membantu jika anda tidak ada idea untuk menghasilkan sesebuah rekaan.

Untuk mulakannya, anda boleh pilih kategori yang anda mahukan dan seterusnya pilih pula template rekaan. Kemudian, anda hanya perlu lakukan suntingan pada template yang sudah di pilih, sama ada tukar perkataan, tukar latar belakang, tambah animasi atau tukar warna font. Apabila sudah berpuas hati dengan rekaan, anda boleh muat turunnya, sama ada dalam format PNG, JPG atau PDF.



Aplikasi Creative Cloud Express boleh digunakan secara percuma. Ia boleh dimuat turun melalui Apple Store dan Google Play Store. Anda juga boleh gunakannya melalui web. Namun, untuk menggunakan gambar dan alat suntingan premium, ada bayaran akan dikenakan.

[Sumber: TheVerge]

Tags: AdobeCreative Cloud Express
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Adobe lancar Creative Cloud Express, aplikasi suntingan sangat mudah untuk guna & percuma

Adobe lancar Creative Cloud Express, aplikasi suntingan sangat mudah untuk guna & percuma

14 December 2021
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

Vivo V70 rasmi di Malaysia dengan skrin OLED 6.59″, bateri 6,500mAh, harga dari RM1,999

5 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN