Twitter mengumumkan Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia untuk meraikan jenama-jenama yang telah berjaya mencipta kempen-kempen yang memberi impak yang hebat. Sebanyak 7 jenama tersenarai dalam anugerah ini. Mereka telah menggunakan pelbagai ciri istimewa Twitter, seperti kerjasama dengan individu berpengaruh di Twitter untuk melancarkan kempen yang unik dan menarik.
Selain itu, mereka juga memanfaatkan pelbagai kegunaan di Twitter untuk melancarkan kempen dan berhubung dengan khalayak ramai. Berikut merupakan senarai 8 kategori Anugerah #BestofTweets 2021 Malaysia:
1. Kempen Terbaik Memacu Perubahan Positif Dalam Masyarakat
Kempen yang dijalankan oleh syarikat telekomunikasi Malaysia, Axiata telah terpilih sebagai kempen yang memenangi anugerah Kempen Terbaik Memacu Perubahan Positif Dalam Masyarakat. Ia tampil dengan kempen #AdvancingToZero sekitar pertengahan tahun ini. Dalam video kempen berdurasi 2 minit 19 saat yang dimuat naik di Twitter itu, ia memperlihatkan ahli pekerja Axiata sedang dalam usaha untuk mencapai matlamat sifar bersih pelepasan karbon. Inisiatif ini bertujuan untuk memerangi peningkatan suhu bumi.
At Axiata, we believe we can make a difference. And with Advancing to Zero, our commitment to achieving net-zero carbon, we are changing the way we operate and live. Follow us on our journey. #AdvancingToZero #ItBeginsWithUs #AxiataSustainability pic.twitter.com/Z7tfPGRLjj
— Axiata (@axiata) May 20, 2021
2. Suara Jenama Terbaik
Milo Malaysia telah terpilih sebagai pemenang anugerah Suara Jenama Terbaik melalui kempennya #TimeforMilo. Kempen itu diadakan untuk menandakan Hari Kemerdekaan Malaysia. Berdasarkan perkongsian video berdurasi 1 minit 15 saat dan poll di Twitter, mereka telah dapat menghasilkan perbualan dan penglibatan positif pengguna di platform itu.
Ada yang sebut Meelo, ada yang kata Mailo, dah 2021 pun tak habis lagi isu sebutan ni 😆 Chill la geng, benda simple, tak kisah korang sebut apa pun, MILO tetap jadi feveret kan 😎 So korang team yang mana? 😏
— MILO MALAYSIA (@MiloMalaysia) August 31, 2021
3. Penggunaan Video Terbaik
McDonalds Malaysia telah menzahirkan semangat Ramadan melalui beberapa siri video yang mempamerkan watak budak lelaki bernama Syukur. Dalam video yang dikongsikan di Twitter, Syukur sedang dalam proses menghayati nilai kebaikan pada bulan Ramadan iaitu nilai kesabaran. Sesiapa sahaja yang menonton jalan cerita video Syukur ini, pasti boleh kaitkannya dengan pengalaman yang pernah dilalui, lebih-lebih lagi ketika bulan puasa. Video ini telah mengangkat McDonalds sebagai pemenang anugerah Penggunaan Video Terbaik di Twitter.
Kata Ustaz, bulan puasa tak baik marah-marah. Tapi, apa yang buatkan Syukur hampir hilang sabar tu? Saksikan kisah ini.#SyukurBersyukur#Astrogempak#LembaranBaharu pic.twitter.com/MbkIXp0lro
— McDonalds Malaysia (@McDMalaysia) April 20, 2021
4. Kempen Terbaik untuk Pendatang Baru
Syarikat kosmetik AikenMY telah ketengahkan di Twitter rangkaian pensampelan produk penjagaan kulit anti-jerawat mereka, Aiken Tea Tree Oil. Mereka meminta pengguna Twitter untuk Tweet semula menggunakan poll yang disertakan untuk memenangi sampel produk itu. Kempen penyelesaian masalah kulit berjerawat ini sangat ringkas dan telah membuatkan ramai pengguna memberi maklum balas pada tweet Aiken. Ia juga membuatkan Aiken mendapat anugerah Kempen Terbaik untuk Pendatang Baru.
Jerawat tidak berhenti-henti?😰#Aiken diformulasikan dengan Tea Tree Oil 🌱dari Australia 🇦🇺 untuk merawat jerawat secara berkesan 🤩 Tweet untuk memenangi trial kit for FREE 🎁.
— AikenMY (@AikenMalaysia) May 6, 2021
Jom cuba #AikenTeaTreeOil untuk #AikenAcneFreeSkin
5. Pelancaran Terbaik di Twitter
Anugerah Pelancaran Terbaik di Twitter dimenangi oleh Netflix Malaysia. Mereka membuat pelancaran untuk rancangan Money Heist musim akhir. Di samping itu, mereka telah mendekati Yuna iaitu penyanyi popular Malaysia dan Orkestra Filharmonik Malaysia untuk mencipta semula lagu tema siri itu. Hasilnya, lagu itu sangat menarik untuk didengar berulang kali dan kelihatan ramai yang memberi maklumbalas kepada tweet pelancaran itu.
.@Yunamusic. Malaysian Philharmonic Orchestra. Bella Ciao. The most epic of epic collaborations dah sampai, and it’s so good sampai rasa cam nak nangis 🥲#LCDP5 #MONEYHEISTMY pic.twitter.com/UldOR9kLPh
— Netflix Malaysia (@NetflixMY) September 1, 2021
6. Jenama yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia
Selain itu, Netflix Malaysia juga muncul sebagai tempat pertama Jenama yang Paling Banyak di Tweet di Malaysia 2021. Antara perbualan hangat yang dibincangkan adalah musim akhir Money Heist dan interpretasi lagu temanya yang dinyanyikan semula oleh Yuna.
7. Hubungan Budaya Terbaik
Tenaga Nasional pula mendapat tempat bagi anugerah Hubungan Budaya Terbaik menerusi satu animasi pendek yang menyentuh perasaan, iaitu teaser kepada filem mereka yang bertajuk, ‘Raikan Malaysia Kita’. Video itu memaparkan empat rakyat Malaysia berbilang kaum dengan kisah berbeza sewaktu pandemik.
Lebih bermakna Merdeka kali ini dengan kebaikan rakyat Malaysia membantu sesama kita tidak mengira bangsa dan agama, sama-sama berbakti untuk kebahagiaan sejagat. Jom nantikan… #RaikanMalaysiaKita pic.twitter.com/1hLSszJYgH
— Tenaga Nasional (@Tenaga_Nasional) August 20, 2021
8. #OnlyOnTwitter
Astro memenangi anugerah #OnlyOnTwitter selepas mereka menjana perbualan berkaitan sukan dan mendapat pemahaman mendalam tentang komuniti sukan di negara ini. Astro juga telah mencipta kempen pakej saluran sukan dengan tanda pagar Sokong Malaysia ( #SokongMalaysia) untuk menjana perbualan Tokyo 2020 dan mengumpulkan rakyat Malaysia untuk menyokong atlet negara semasa temasya itu.
We are 2 days away from the Opening Ceremony of the Olympic Games Tokyo 2020.
— Astro (@astroonline) July 14, 2021
Get Sports Pack today and enjoy complimentary access to all the sporting events on 10 dedicated HD channels on Astro and 3 additional channels on Astro GO.#SokongMalaysia #GanbatteMalaysia #Tokyo2020
Nampaknya, jenama-jenama besar ini telah tampil kreatif dalam Tweet mereka. Antara 7 tweet ini, mana satu tweet yang mendatangkan impak pada anda?