• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Panggilan melalui WiFi (VoWiFi) kini terdapat di Maxis dan Hotlink

  • OLEH Najib
  • 10:44 am
  • 17/12/2021
  • Komen
Panggilan melalui WiFi (VoWiFi) kini terdapat di Maxis dan Hotlink
Share on FacebookShare on Twitter

Maxis akhirnya telah mengaktifkan fungsi panggilan melalui WiFi atau nama teknikalnya Voice over WiFi (VoWiFi) di rangkaian mereka. Ini membolehkan panggilan suara dibuat menerusi sambungan WiFi dan ia boleh memberikan kualiti panggilan yang baik di kawasan yang liputan talian mudah alih kurang baik.

Kami telah menguji fungsi VoWiFi di iPhone 11 Pro dan Samsung Galaxy S21 Ultra dan ia boleh digunakan. Ia diuji bersama talian yang melanggan pelan Maxis Postpaid 98. Maxis telah menyatakan bahawa, VoWiFi telah sedia digunakan untuk semua pelanggan Maxis Postpaid serta Hotlink, kecuali kepada pelanggan yang menggunakan pelbagai SIM di satu talian.



Cara mengaktifkan WiFi Calling di Maxis

Jika anda pengguna iPhone, WiFi Calling boleh diaktifkan dengan pergi ke Settings > Phone > WiFi-Calling. Bagi pengguna Samsung pula, ia boleh dilakukan di dalam aplikasi Phone dan pergi ke 3 titik di atas kanan. Seterusnya pilih Settings > Other call settings > WiFi Calling.

Kalau anda masih tidak melihat pilihan ini, cuba matikan dan hidupkan semula telefon, serta pastikan anda telah memasang kemaskini terbaru sistem operasi.



Bagaimana nak tahu VoWiFi sudah aktif?

Untuk iPhone, anda akan dapat melihat label VoWiFi terdapat di tepi label rangkaian MY MAXIS jika WiFi Calling telah aktif. Tetapi anda juga haruslah bersambung ke WiFi dahulu untuk VoWiFi mula berfungsi dan menunjukkan telefon anda menyokong fungsi tersebut.

Di telefon Samsung, anda akan dapat melihat logo gagang telefon bersama WiFi di tepi bar signal rangkaian.

VoWiFi sudah sekian lama ditawarkan oleh U Mobile, sejak tahun 2016. Digi pula telah memperkenal fungsi ini pada tahun 2017. Selain memberikan kualiti panggilan lebih baik di dalam bangunan dengan bersambung ke WiFi, kelebihan lain VoWiFi adalah ia dapat membuat panggilan tempatan sewaktu anda berada di luar negara. Ini boleh menjimatkan kos perayauan panggilan antarabangsa, asalkan anda bersambung ke WiFi dan VoWiFi aktif.

Tetapi ruangan soalan lazim (FAQ) Maxis menyatakan, VoWiFi tidak terdapat apabila anda di dalam perayauan antarabangsa.

Terima kasih @hiw200 di atas tip yang diberikan!

Tags: hotlinkmaxisVoWiFi
Najib

Najib

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
Panggilan melalui WiFi (VoWiFi) kini terdapat di Maxis dan Hotlink

Panggilan melalui WiFi (VoWiFi) kini terdapat di Maxis dan Hotlink

17 December 2021
Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

Xiaomi Mijia Air Conditioner Eco kini di Malaysia, boleh dapat serendah RM1,000

30 March 2026
Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

Vivo V70 FE bakal tiba di Malaysia dengan kamera utama 200MP OIS

31 March 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

Samsung Galaxy A57 5G dan A37 5G: Tempahan dibuka di Malaysia, harga bermula RM1,799

30 March 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN