• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS: 6 cara elak komputer dari terkena virus

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:42 pm
  • 02/01/2022
  • Komen
TIPS: 6 cara elak komputer dari terkena virus
Share on FacebookShare on Twitter

Salah satu perkara yang membimbangkan pemilik komputer adalah apabila komputer mereka menunjukkan tanda-tanda terkena virus. Contohnya, aplikasi tidak berfungsi dengan baik dan sering error, fail hilang, perubahan pada halaman utama dan komputer menjadi hang apabila dibuka.

Virus komputer merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa pengetahuan pengguna. Virus boleh diterima melalui rangkaian dalaman, internet atau pemacu USB. Sebagai langkah berjaga-jaga, berikut merupakan 6 langkah yang boleh dilakukan untuk mengelak komputer dari terkena virus.



1. Pastikan komputer dikemas kini

Pastikan anda selalu periksa kemaskini sistem operasi komputer, contohnya Windows 10, Windows 11 dan MacOS. Ini juga merupakan langkah untuk elak komputer diserang virus. Sekiranya komputer tidak menyokong kemaskini, seperti Windows 7 yang sudah tamat pada 2020, anda perlu tukar sistem operasi yang terbaru atau naik taraf komputer.

Sumber

Jalankan juga kemas kini untuk program di komputer seperti Adobe dan Java. Sebelum lakukan kemas kini, pastikan anda menggunakan rangkaian Internet yang selamat.



2. Elak perisian cetak rompak

Komputer mungkin berisiko apabila pengguna muat turun perisian versi tidak sah atau versi yang sudah rosak. Perisian cetak rompak ini selalunya datang daripada laman web yang sukar ditemui atau melalui perkongsian rakan daripada rakan yang lain. Kedua-dua sumber ini mungkin melibatkan mereka yang ingin menyebarkan virus. Oleh itu, muat turun perisian secara sah dan pastikan anda guna perisian antivirus.

3. Pasang anti-virus

Jika anda ingin mengelak daripada mendapat virus di komputer daripada internet, pasang dan jalankan perisian antivirus adalah penting. Aktiviti dalam talian harian seperti perbankan dan membeli-belah boleh menyebabkan anda terdedah kepada ancaman siber. Maka, penting untuk individu memasang anti-virus berkualiti pada komputer. Perisian keselamatan yang dipercayai boleh bantu melindungi daripada pancingan data dan ancaman dalam talian semasa anda lakukan aktiviti dalam talian.

Selain itu, pastikan juga anda kemaskini anti-virus itu supaya ia dapat berfungsi dengan baik untuk menghalang jenis virus yang baru direka. Antara anti-virus yang dipercayai ialah McAfee dan Kaspersky.

4. Elakkan laman web yang mencurigakan

Elakkan daripada mengklik pautan ke laman web dengan nama yang mencurigakan, contohnya nama dengan gabungan huruf dan nombor yang tidak membentuk perkataan.

Seterusnya, periksa juga URL alamat web di halaman yang anda ingin kunjungi itu. Jika terdapat simbol tambahan dalam URL, berkemungkinan ia laman web palsu. Contohnya, pastikan laman web bermula dengan “https:”bukan “http:” . Kerana “https:” menunjukkan bahawa laman web itu selamat.

5. Sentiasa imbas lampiran e-mel

Salah satu cara virus menjangkiti komputer adalah melalui e-mel. Penjenayah siber sering cuba menyebarkan virus dengan menghantar e-mel spam. Oleh itu, untuk pastikan komputer anda selamat, anda perlu imbas fail atau lampiran e-mel yang sudah dimuat turun dengan perisian anti-virus. Selain itu, pastikan anda hanya klik pada lampiran atau muat turun fail daripada e-mel yang dipercayai sumbernya.

Walaupun perkhidmatan e-mel selalunya mempunyai perlindungan virus terbina dalam perisian mereka, e-mel dengan lampiran virus masih boleh sampai ke peti masuk anda.

6. Buat salinan komputer

Backup adalah proses membuat salinan tambahan pada fail-fail dan dokumen di komputer, kemudian tempatkannya di lokasi lain. Gunakan backup awan untuk simpan semua salinan fail dan rekod penting. Oleh itu, sekiranya komputer anda diserang virus, anda boleh kosongkan komputer dan pulihkannya semula seperti keadaan sebelum ia dijangkiti, tanpa membimbangkan keadaan fail anda.

Virus boleh masuk ke dalam komputer pada bila-bila masa sahaja jika anda tidak ambil langkah berjaga-jaga. Oleh itu, lakukan 6 cara ini agar komputer anda boleh terhindar dari serangan virus.

[Sumber: norton]

Bacaan berkaitan

  • TIPS: 8 cara panjangkan hayat bateri laptop
  • TIPS: Cara taip di komputer dengan cepat & tepat
  • TIPS: 7 cara menjaga komputer dengan baik agar boleh bertahan lama
Tags: komputertipsvirus
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

TIPS: 6 cara elak komputer dari terkena virus

TIPS: 6 cara elak komputer dari terkena virus

2 January 2022
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN