• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple

  • OLEH Fatin Amanina
  • 6:10 pm
  • 05/01/2022
  • Komen
Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple
Share on FacebookShare on Twitter

Pada 1 Januari lalu, Apple sekali lagi memilih hasil karya fotografi rakyat Malaysia untuk dipaparkan secara umum dalam akaun Instagram rasminya. Gambar yang dipilih itu memaparkan seorang wanita duduk bersendirian di jeti. Ia merupakan karya milik Ling Hou Wah, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun.

Kapsyen yang ditulis untuk gambar tersebut ialah, “Ini adalah pemandangan dari atas menara pemerhatian. Jeti itu betul-betul terletak di hadapan kami dan saya melihat gadis ini duduk seorang diri, menghadap ke seluruh tasik. Bagai rasa kekosongan dan kedamaian”. Dalam kapsyen itu turut disertakan tanda pagar, #ShotoniPhone.



View this post on Instagram

A post shared by apple (@apple)

Ling Hou Wah mengambil gambar tersebut pada bulan Januari tahun lalu sebelum memuat naiknya di laman Instagram pada bulan Julai. Kemudian, pada bulan Disember, Apple menghantar emel kepada Ling mengatakan mereka sedang mempertimbangkan gambar itu untuk dipaparkan di halaman Instagram mereka.

Ling Hou Wah tidak menyangka bahawa Apple akhirnya mengetengahkan gambar itu. Ling berkongsi bahawa dia mengambil gambar tersebut dari platform pemerhatian di Taman Metropolitan Kepong, Kuala Lumpur.



Dia percaya individu dalam gambar itu adalah sebahagian daripada kumpulan yang mengambil gambar perkahwinan di jeti. Asalnya, Ling mahu menghasilkan karya gambar yang minimalis, jadi dia memutuskan untuk hanya fokus pada wanita yang sedang melihat air. Baginya, gambar itu mempunyai elemen ketenangan.

Setakat ini, karya Ling di halaman Apple sudah menerima sebanyak 103,994 jumlah like.

Pada bulan Oktober tahun lalu, hasil karya seorang bapa di Malaysia juga meraih perhatian Apple. Dia memuat naik gambar yang diambil secara spontan memaparkan mata kanan anak sulungnya.

Sekiranya anda mahu karya fotografi anda yang diambil menggunakan iPhone dikongsikan di Instagram Apple, anda boleh cuba muatnaiknya di Instagram atau Twitter dan letakkan tanda pagar Shot on iPhone (#ShotoniPhone).

[Sumber: TheStar]

Tags: appleShot on iphone
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple

Gambar wanita tepi jeti milik remaja Malaysia dapat perhatian Apple

5 January 2022
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Siri Oppo A7 Pro diumum dengan bateri 10,000mAh, tempahan dibuka dengan rebat RM200

Oppo A7 Pro 5G & A7 Pro Max 5G tiba di Malaysia, harga dari RM1,699

19 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN