• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home APP

Twitter tambah cara baru balas Tweet, ia hampir sama seperti TikTok

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:41 pm
  • 07/01/2022
  • Komen
Twitter tambah cara baru balas Tweet, ia hampir sama seperti TikTok
Share on FacebookShare on Twitter

Twitter kini sedang menguji satu ciri yang diberi nama Tweet Takes di iOS. Ia membolehkan pengguna memberi reaksi kepada Tweet dengan menggunakan video, kemudian Tweet asal itu akan ditampal (embedded) dalam video yang sama. Kebiasaannya, apabila anda tekan pada ikon Retweet, hanya akan ada dua pilihan sahaja iaitu Retweet dan Quote Tweet.

Tapi, dengan adanya ciri ini, satu pilihan lagi akan disediakan untuk anda membalas Tweet itu, iaitu Quote Tweet with reaction. Ia tidak terhad kepada video, gambar juga boleh digunakan untuk memberi reaksi pada sesebuah Tweet.



Selain itu, apabila anda menggunakan ciri ini, video reaksi anda akan muncul pada halaman utama sama seperti tweet lain, maka ia boleh dilihat oleh individu yang mengikuti anda.

Tweet reaction videos can now start on Twitter!

Testing on iOS: when you tap the Retweet icon, choose “Quote Tweet with reaction” to create and customize your very own Tweet Take –– a reaction video (or photo) with the Tweet embedded. pic.twitter.com/1E30F8rKYh

— Twitter Support (@TwitterSupport) January 6, 2022

Bagi saya, tiada beza pun jika individu pilih untuk balas Tweet menggunakan ciri ini atau Quote Tweet, kerana video atau gambar masih boleh digunakan untuk membalasnya. Cuma yang membezakannya ialah bagaimana ia dipaparkan.



Jika anda perasan, di Tiktok sudah lama ada ciri yang hampir sama seperti Quote Tweet with reaction ini. Pengguna boleh balas mana-mana komen menggunakan video. Komen asal juga akan tertera dalam video itu dan anda boleh tekan komen tersebut untuk melihatnya di tempat asal. Cuma yang berbeza ialah, di Tiktok pengguna tidak boleh balas komen menggunakan gambar.

Bagi saya, ciri ini memang seronok digunakan dan lebih mudah untuk individu sampaikan sesuatu. Apabila tulis sahaja, adakalanya individu lain bacanya dengan salah intonasi, maka akan timbul pula salah faham.

[Sumber: Engadget]

Tags: Twitter
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Twitter tambah cara baru balas Tweet, ia hampir sama seperti TikTok

Twitter tambah cara baru balas Tweet, ia hampir sama seperti TikTok

7 January 2022
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

Cuba Tuju, aplikasi navigasi disyorkan kerajaan, belum cukup baik gantikan Waze?

22 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN