• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Doktor anti-vaksin ditahan jual sijil vaksin palsu

  • OLEH Najib
  • 3:13 pm
  • 11/01/2022
  • Komen
Doktor anti-vaksin ditahan jual sijil vaksin palsu
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang pengamal perubatan di Marang, Terengganu telah ditahan oleh Polis dalam serbuan bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Terengganu pada hari Sabtu lepas, selepas menerima aduan orang ramai mengenai kegiatan mencurigakan. Doktor tersebut disyaki mengeluarkan sijil suntikan vaksin COVID-19 palsu, tanpa memberi suntikan vaksin kepada pesakit.

Meksipun Malaysia tidak mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19, banyak perkara dan tempat mengenakan peraturan yang memerlukan individu telah lengkap vaksin. Antaranya mengunjungi pusat membeli-belah, menyertai acara keramaian seperti kenduri kahwin, serta ke luar negara termasuk umrah di Mekah.



Doktor berusia 51 tahun itu, mengaku dirinya sebagai golongan antivaksin, menjual sijil palsu tersebut dengan bayaran antara RM400 sehingga RM600. Dia juga menggunakan ejen yang diberi komisen RM50 untuk mempromosikan dirinya dan mencari mereka yang berminat membeli sijil palsu itu.

Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa berkata susulan itu, seramai enam individu berusia antara 35 dan 57 tahun yang disyaki menjadi ejen doktor tersebut ditahan di sekitar Marang, Dungun dan daerah ini pada Ahad lepas bagi membantu siasatan. Mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai keterangan diambil.



Sumber

Walaupun doktor itu mengaku antivaksin, beliau sudah menerima suntikan vaksin, mungkin atas sebab tuntutan kerjaya sebagai doktor. Perbuatan doktor yang bertauliah itu merupakan satu jenayah dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Siasatan awal mendapati seramai 1,900 individu berurusan dengan klinik berkenaan untuk tujuan vaksinasi, namun daripada jumlah itu pihak Polis masih menyiasat jumlah sebenar individu yang mendapat sijil vaksinasi palsu itu.

Pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan ini datang dari dalam dan luar Terengganu, kebanyakannya berurusan secara dalam talian. Polis sedang cuba mendapatkan maklumat daripada e-mel dalam komputer riba yang turut dirampas dari klinik berkenaan.

Pengarah JKN Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong berkata klinik swasta berkenaan dibenarkan untuk memberi suntikan vaksinasi secara berbayar sejak September tahun lepas. Semakan juga mendapati klinik itu telah membuat permohonan untuk dijadikan pusat pemberian vaksin (PPV) COVID-19, namun belum diluluskan.

[Sumber: Bernama]

Tags: COVID-19Vaksin Covid-19
Najib

Najib

POPULAR

Doktor anti-vaksin ditahan jual sijil vaksin palsu

Doktor anti-vaksin ditahan jual sijil vaksin palsu

11 January 2022
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

Cari laptop kerja & gaming berbaloi? Ini sebab MSI Cyborg 15 Max patut jadi pilihan

2 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

Tempahan Tesla Roadster baharu dibuka di Malaysia, boleh ‘terbang’ & pecut bawah 1s

16 October 2026
Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

Honor 600S 5G, telefon 5G harga RM1,299 dengan bateri 8,100mAh dan kalis air IP69K

14 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN