• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pengasas WhatsApp jadi CEO Signal untuk sementara

  • OLEH Najib
  • 5:58 pm
  • 11/01/2022
  • Komen
Pengasas WhatsApp jadi CEO Signal untuk sementara
Share on FacebookShare on Twitter

Signal, aplikasi permesejan berbilang platform yang berpegang pada integriti menjaga maklumat peribadi pengguna, sering tular dan popular apabila perkhidmatan WhatsApp tergendala. Ia ditambah lagi setiap kali pemilik WhatsApp iaitu Facebook yang kini menukar nama kepada Meta, cuba memperkenal fungsi yang mahu mempergunakan data pengguna untuk tujuan perniagaan dan keuntungan.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Signal, Moxie Marlinspike baru-baru ini mengumumkan bahawa dia mahu meletak jawatan sebagai CEO Signal. Penggantinya belum ditetapkan dan masih dicari, tetapi ia akan dipegang buat sementara waktu oleh bekas pengasas bersama WhatsApp, Brian Acton.



Mark Zuckerberg telah membeli WhatsApp pada tahun 2014 dan mengekalkan kedua-dua pengasas WhatsApp untuk menguruskannya. Bagaimanapun, perancangan Facebook untuk memperkenal iklan di dalam WhatsApp, di samping beberapa isu berkaitan privasi pengguna, membuatkan Brian dan Jan Koum (seorang lagi pengasas WhatsApp) meninggalkan kedudukan mereka pada tahun 2018.

Moxie tidak menyatakan sebarang perancangan tentang apa yang akan dilakukannya selepas meletak jawatan, tetapi dia akan mengekalkan kedudukan di dalam lembaga pengarah Signal untuk terus menghulur bantuan. Sambil itu, Moxie akan meneruskan pencarian CEO baru dalam masa terdekat.



Signal kini memiliki 40 juta pengguna dan sering dipilih sebagai platform permesejan yang selamat dan menjaga privasi. Ia diasaskan tanpa cuba mengaut keuntungan, tiada iklan mahupun jualan aplikasi, sebaliknya bergantung kepada derma orang ramai dan baru-baru ini, melancarkan program sokongan di mana pengguna boleh menderma secara automatik setiap bulan.

[Sumber: 9to5mac]

Bacaan Berkaitan

  • Akaun Whatsapp anda perlu dipadam selepas 8 Februari jika tidak setuju dengan syarat baru
  • Telegram terima 70 juta pendaftaran baru ketika WhatsApp tergendala
  • WhatsApp bidas dakwaan data pengguna dikongsi dengan Facebook dan pihak lain
Tags: signalwhatsapp
Najib

Najib

POPULAR

Pengasas WhatsApp jadi CEO Signal untuk sementara

Pengasas WhatsApp jadi CEO Signal untuk sementara

11 January 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

Infinix GT 30 Pro akan dilancar secara global di Malaysia 21 Mei ini

14 May 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER