• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Shell lancar pusat pengecasan elektrik prestasi tinggi (HPC) di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 12:31 pm
  • 13/01/2022
  • Komen
Shell lancar pusat pengecasan elektrik prestasi tinggi (HPC) di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Shell hari ini mengumumkan bermulanya operasi Stesen Pengecasan Prestasi Tinggi (High Performance Charging, HPC) mereka di Malaysia. Ia dibangunkan dengan kerjasama pengeluar kenderaan mewah, Porsche. Perkara ini merupakan hasil daripada perancangan mereka yang telah diumum pada bulan Mac tahun lepas, untuk menyediakan jaringan HPC merentasi Asia Tenggara, dari Singapura melalui Malaysia sehingga ke Thailand.

Sebanyak 6 stesen Shell akan menempatkan 12 pusat HPC di sepanjang lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) iaitu:



  1. Hentian Sebelah Tangkak, Johor (arah Selatan)
  2. Kawasan Rehat Pagoh, Johor (arah Selatan, AKAN DIBUKA)
  3. R&R Seremban, Negeri Sembilan (arah Selatan, AKAN DIBUKA)
  4. R&R Seremban, Negeri Sembilan (arah Utara, AKAN DIBUKA)
  5. R&R RTC Simpang Pulai, Perak (arah Utara, AKAN DIBUKA)
  6. R&R RSA Tapah, Perak (arah Selatan, AKAN DIBUKA)

Setiap stesen minyak Shell ini menempatkan dua tempat pengecasan, membolehkan pengecasan arus terus (DC) 180kW bagi mengecas kenderaan elektrik sehingga 180 kW, atau dua buah kenderaan sekaligus pada kadar 90kW setiap satu. Ia boleh mengecas bateri di kenderaan elektrik sehingga 80% sepantas 30 minit.

Shell menawarkan penggunaan HPC menerusi pembayaran terus atau menerusi keahlian tahunan. Ia dibuat melalui aplikasi ParkEasy, yang turut menyediakan khidmat pengecasan kenderaan elektrik di beberapa tempat di Lembah Klang.



Untuk pembayaran terus tanpa keahlian tahunan, kadar yang dikenakan adalah:

  • Caj pengesahan RM4
  • 25 minit pertama: RM20 setiap 5 minit
  • 5 minit seterusnya: RM20

Bagi keahlian Emas, harga yuran tahunan ialah RM835 dan kadar yang dikenakan untuk 10 jam pertama adalah:

  • Caj pengesahan RM4
  • 25 minit pertama: RM12 setiap 5 minit
  • 5 minit seterusnya: RM5
  • Tambah nilai kuota seterusnya adalah RM80/jam

Khas untuk pembeli Porsche Taycan di Malaysia, mereka akan menerima keahlian Platinum percuma selama 3 tahun yang mengenakan kadar berikut bagi 12 jam pertama :

  • Caj pengesahan RM4
  • 25 minit pertama: RM10 setiap 5 minit
  • 5 minit seterusnya: RM5
  • Tambah nilai kuota seterusnya adalah RM60/jam

Shell turut menyediakan tawaran pembelian makanan terpilih deli2go pada harga RM1 bagi setiap pembelian Costa Coffee, setiap kali menggunakan khidmat HPC ini. Ahli Platinum Porsche Taycan juga akan menerima kopi dan tisu basah antibakteria Shell, menggunakan baucar yang disediakan kepada mereka.

[Sumber: Shell]

Bacaan Berkaitan

  • Porsche dan Shell bangunkan 6 lokasi mengecas kereta elektrik berkuasa tinggi di Malaysia
  • Pengecas EV akan dipasang di stesen Petronas Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur
  • TNB dan DHL jalin kerjasama bangun stesen pengecas kereta elektrik
Tags: EVKereta elektrikPorscheshellShell HPC
Najib

Najib

POPULAR

Shell lancar pusat pengecasan elektrik prestasi tinggi (HPC) di Malaysia

Shell lancar pusat pengecasan elektrik prestasi tinggi (HPC) di Malaysia

13 January 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER