• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ciri penghijrahan mesej daripada WhatsApp iPhone ke Android bakal jadi kenyataan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:40 am
  • 22/01/2022
  • Komen
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer
Share on FacebookShare on Twitter

Mereka disebalik kumpulan WABetaInfo telah menelaah kod aturcara aplikasi WhatsApp Beta yang telah dimuat naik pembangun platform permesejan terkenal itu ke dalalam program percubaan. Aplikasi WhatsApp Beta yang ditandakan dengan nombor versi 22.2.74 bakal membawakan sesuatu yang menarik iaitu perpindahan kandungan mesej antara iPhone dan Android.

Buat anda yang masih belum biasa tentang isu ini, WhatsApp versi iOS dan Android tidaklah serasi antara satu sama lain. Masalah terbesar adalah bila terdapat pengguna yang bertukar platform dan adalah hampir mustahil untuk membawa mesej-mesej WhatsApp lama mereka merentasi platform.



Penyelesaian yang ada buat masa ini pun cumalah sehala, daripada iOS ke Android, dek persekitaran iOS yang sangat tertutup. Anda boleh pindahkan mesej iOS ke Android jika:

  1. Anda gunakan peranti Samsung dan lakukannya melalui perisian khas.
  2. Anda gunakan peranti Google Pixel

Perbezaan yang mereka kesan pada versi beta 22.2.74 kali ini adalah perpindahan boleh dilakukan secara dua hala, sama ada daripada iOS ke Android dan sebaliknya.



Perkara ini adalah satu berita baik kerana daripada perspektif pengguna, WhatsApp jauh ketinggalan berbanding beberapa platform permesejan terkenal lain. Contohnya, Telegram tidak memerlukan anda lakukan sebarang aktiviti backup kerana semuanya berlaku secara automatik di awan. Makanua tak kiralah Telegram versi apa yang anda gunakan, semua mesej anda akan ikut bersama.

Sumber: WABetaInfo

Bacaan berkaitan

Pindah data Whatsapp dari iPhone ke Android tidak semudah yang disangka – SoyaCincau.com

TIPS: Cara pantas bold, italic & sunting pelbagai gaya font di Whatsapp – SoyaCincau.com

Tags: permesejanwhatsapp
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025
WhatsApp sedang menyediakan sokongan panggilan audio dan video di komputer

Ciri penghijrahan mesej daripada WhatsApp iPhone ke Android bakal jadi kenyataan

22 January 2022
Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

Realme 16 Pro & 16 Pro+ dilancar dengan kamera 200MP, bateri 7,000mAh, dari RM1,599

6 April 2026
Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

Siri Honor 600 didedahkan, bakal hadir dengan kamera 200MP dan penstabilan CIPA 6.5

10 April 2026
U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

U Mobile lancar ULTRA Prepaid dengan kelajuan 5G tanpa had, pelan RM50 tawar 500GB data

8 April 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN