• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ibu bapa terkejut perabot bernilai RM8 ribu tiba di rumah, dibeli bayi berusia 22 bulan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:50 pm
  • 25/01/2022
  • Komen
Ibu bapa terkejut perabot bernilai RM8 ribu tiba di rumah,  dibeli bayi berusia 22 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, pernah dikongsikan berita tentang seorang anak berusia 18 tahun menyalahgunakan kad kredit bapa di telefonnya, apabila dia membeli barang di dalam Genshin Impact sehingga RM60 ribu menggunakan kad itu. Berita terbaru pula melibatkan bayi berusia 22 bulan bermain dengan telefon ibunya. Dia secara tidak sengaja telah membeli perabot bernilai hampir AS2,000 iaitu kira-kira RM8,378 melalui telefon itu.

Kejadian ini berlaku di New Jersey melibatkan sebuah keluarga yang baru berpindah ke situ. Pada mulanya, seorang wanita bernama Madhu Kumar melihat perabot di laman web Walmart melalui telefonnya. Kemudian dia menambahkan item tersebut pada troli. Tetapi dia masih dalam proses memilih dan tidak berniat untuk beli semua item yang dipilih itu.



Namun, kejadian mengejutkan bermula apabila ibunya menerima kira-kira 10 emel menyatakan bahawa pesanan sedang dalam perjalanan. Suami dan dua anaknya mengatakan mereka tidak lakukan pembelian itu. Rupa-rupanya, perkara ini dilakukan oleh bayi kecilnya, Ayaansh Kumar. Barang yang dipesan terus datang sepanjang minggu. Sebelum ini, Madhu telah menghabiskan banyak masa membeli-belah dalam talian dan semua maklumat pembayaran telah disimpan dalam telefon itu.

Oleh itu, Madhu dan Pramod merancang untuk menunggu sehingga semua kotak tiba, sebelum pulangkannya semula ke Walmart. Mereka juga telah diberitahu bahawa mereka akan menerima bayaran balik penuh. Cara Walmart ini mungkin sama dengan Lazada atau Shopee. Ada kedai yang terpilih dalam dua platform itu beri jaminan pemulangan wang dalam 15 hari selepas terima pesanan.



Namun, Madhu dan Pramod mungkin akan menyimpan beberapa buah barang sebagai kenangan, untuk mengingatkan mereka semula tentang kejadian membeli-belah dalam talian pertama yang dilakukan oleh bayi mereka. Sejak Ayaansh dilahirkan pada April 2020, dia telah memerhatikan dua adik beradiknya dan ibu bapanya lakukan aktiviti secara dalam talian seperti bekerja, pergi ke sekolah dan membeli-belah. Mungkin dia telah belajar dari pemerhatiannya. Berikutan kejadian ini, Madhu dan Pramod berkata, mereka akan buang maklumat kad kredit dari telefon dan menambah kata laluan.

Jika anda juga antara ibu bapa yang sering lakukan pembelian dalam talian menggunakan kad kredit, pastikan anda letakkan kata laluan bagi menggelak perkara seperti ini berlaku. Pantau juga aktiviti yang dilakukan oleh anak anda di telefon.

Selain itu, sekiranya anda pengguna iOS, pastikan anda lakukan langkah keselamatan dan aktifkan Ask to Buy untuk elak sebarang pembelian dilakukan tanpa keizinan anda. Untuk pengguna Android, anda boleh kawal pembelian dengan hidupkan kata laluan, pengesahan biometrik dan hidupkan Purchase Approval.

[Sumber: Malaymail, Nbcnewyork]

Bacaan berkaitan

  • Salah guna kad kredit bapa, anak beli barang dalam Genshin Impact sehingga RM60 ribu
  • TIPS: Cara kawal pembelian dalam aplikasi di Android
  • TIPS: Cara matikan pembelian dalam aplikasi di iOS
Tags: Kad kreditwalmart
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

BUDI95: Kenapa jumlah di pam RON95 lebih tinggi dari bayaran sebenar? Ini sebabnya

1 October 2025
Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

Xiaomi 17, 17 Pro & 17 Pro Max dilancar: Bateri 7,500mAh, kamera Leica & skrin belakang baru

29 September 2025
Ibu bapa terkejut perabot bernilai RM8 ribu tiba di rumah,  dibeli bayi berusia 22 bulan

Ibu bapa terkejut perabot bernilai RM8 ribu tiba di rumah, dibeli bayi berusia 22 bulan

25 January 2022
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER