• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Intel akan hasilkan cip khas untuk kriptowang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:35 am
  • 25/01/2022
  • Komen
Intel akan hasilkan cip khas untuk kriptowang
Share on FacebookShare on Twitter

Intel dilapor bakal hasilkan cip spesifik untuk melombong kriptowang. Ia selepas sebuah syarikat yang bakal disenarai awam, GRIID, mengumumkan yang mereka telah menandatangani perjanjian pembekalan dengan Intel selama 4 tahun bagi memperoleh cip ASIC BZM2 rekaan Intel. Manakala Intel menjanjikan yang sekurang-kurangnya 25% daripada pengeluarannya akan dikhaskan untuk GRIID.

Tidaklah diketahui sama ada Intel akan menawarkan ASIC BZM2 kepada pengguna biasa ataupun mereka hanya melayan permintaan pelanggan enterprise sahaja, kerana masih ada baki 75% cip yang belum tahu siapakah empunyanya. Sekiranya ia ditawarkan kepada umum, ia mungkin boleh meleraikan kemarau GPU yang disapu habis oleh pengguna yang ingin melombong kriptowang.



ASIC merujuk kepada Application Specific Intergration Circuit, ia adalah cip yang dibangunkan khas untuk lakukan satu kerja sahaja dan dalam kes kriptowang, melombong. Antara kelebihan menggunakan ASIC melombong adalah ia lebih cekap melakukan kerja berbanding CPU dan GPU pada kadar penggunaan tenaga yang sama.

Misalnya, GPU seperti GeForce RTX 3090 dilapor mampu mencapai 150 megahash per saat untuk melombong Etherium. Namun dalam dunia pelombong ASIC, Antminer E9 daripada jenama Bitmain boleh mencapai 3,000 megahash per saat. Cumanya, Antminter E9 harganya adalah puluhan ribu USD.



Daripada sudut pengeluar seperti Intel, ia adalah satu lubuk wang yang berharga. Melombong kriptowang dikatakan tak perlukan teknologi yang canggih kerana kebanyakan cip ASIC untuk tujuan ini masih mengguna pakai teknologi 14nm yang jika dibandingkan dengan 4nm pada telefon pintar, 14nm nyata lebih matang dan murah.

Sumber: Tom’s Hardware, 2

Tags: IntelIntel ASICIntel ASIC BZM2kriptowang
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Intel akan hasilkan cip khas untuk kriptowang

Intel akan hasilkan cip khas untuk kriptowang

25 January 2022
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN