• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Betulkah pembalakan baik untuk harimau? Ini kenyataan WWF Malaysia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:10 pm
  • 26/01/2022
  • Komen
Betulkah pembalakan baik untuk harimau? Ini kenyataan WWF Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) iaitu Abdul Khalim Abu Samah ada mengeluarkan kenyataan bahawa, kawasan hutan yang ditebang baik untuk pertambahan populasi harimau dan ia berpandukan kepada kajian yang dibuat oleh seorang pakar dari Sarawak. Menurutnya, bila ada pembalakan, banyak tumbuhan baru akan tumbuh. Ia akan menarik haiwan seperti kancil untuk datang dan akan menjadi sumber makanan buat harimau. Tambahnya, situasi itu juga memudahkan harimau mendapat sumber makanan berbanding kawasan hutan tebal.

Tetapi sejauh mana benarnya perkara itu? Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan bahawa, kajian pada tahun 2009 bertajuk ‘The importance of selectively logged forests for tiger Panthera tigris conservation: a population density estimate in Peninsular Malaysia’ oleh D. Mark Rayan dan Shariff Wan Mohamad telah dilakukan untuk mendapatkan maklumat kepadatan harimau di hutan balak yang terpilih, bukan pembalakan sembarangan.



Pembalakan terpilih ialah aktiviti perhutanan yang hanya menebang sebilangan pokok terpilih setiap tahun dalam kawasan hutan, bukannya seluruh hutan sekaligus. Mereka juga percaya bahawa hutan yang bersih dan tidak terganggu adalah habitat yang sesuai untuk harimau.

Kedua-dua penulis kajian iaitu Rayan dan Shariff merupakan pakar hidupan liar. Mereka mendirikan khemah di Hutan Simpan Gunung Basor di Kelantan sebagai sebahagian daripada kajian pemerhatian yang meluas terhadap harimau Malaya. Kajian mereka meliputi kawasan seluas 120km, dibantu oleh perangkap kamera inframerah yang diletakkan secara strategik dan berjalan selama sembilan bulan.



Ternyata, harimau sebenarnya hanya mendapat kebaikan apabila bahagian hutan yang terpilih sahaja ditebang. Bukannya keseluruhan hutan. Selain menjejaskan habitat flora dan fauna, aktiviti penebangan yang tidak dirancang dengan baik juga boleh mengakibatkan berlakunya bencana alam dan peningkatan suhu bumi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh baca kenyataan penuh WWF di sini.

[Sumber: Malaymail]

Tags: WWF Malaysia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

Nak gambar ‘pro’ guna telefon siri Galaxy S? Ini tip yang anda boleh cuba

17 October 2025
Betulkah pembalakan baik untuk harimau? Ini kenyataan WWF Malaysia

Betulkah pembalakan baik untuk harimau? Ini kenyataan WWF Malaysia

26 January 2022
Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

Cari telefon bajet lancar untuk gaming dan bateri tahan lama? Pertimbang OPPO A6 Pro 5G

2 October 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

5 Terbaik: Telefon bawah RM1,500 ada bateri besar, prestasi tinggi & tahan lasak

24 October 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER