• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Feature Tips & Tricks

TIPS iPhone: Cara guna ciri drag & drop untuk gambar, fail, teks dan pautan

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:53 pm
  • 26/01/2022
  • Komen
TIPS iPhone: Cara guna ciri drag & drop untuk gambar, fail, teks dan pautan
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan kemaskini iOS 15 pada iPhone, anda kini boleh gunakan ciri drag and drop (seret dan lepas) yang telah sekian laman tersedia pada iPad. Dengan ciri ini, anda boleh bergerak dengan lancar antara aplikasi untuk berkongsi gambar, fail, teks dan pautan.

Contohnya, untuk kongsi gambar di emel, cara biasa yang dilakukan ialah pilih gambar kemudian tekan simbol muat naik dan pilih Mail. Tetapi, dengan drag and drop, anda hanya perlu tekan gambar dan seret ia ke dalam emel, sangat mudah. Oleh itu, saya kongsikan di bawah perkara yang anda boleh lakukan dengan ciri drag and drop.



1. Drag and drop gambar & video

Anda boleh gunakan ciri ini untuk bawa gambar atau video dari satu aplikasi ke aplikasi yang lain. Kini, ciri ini berfungsi dengan mana-mana aplikasi yang membolehkan anda menekan imej untuk berkongsinya, seperti Photos, Mail, Message, Notes dan banyak lagi. Untuk contoh ini, saya akan kongsikan cara untuk drag and drop gambar dari aplikasi Photos ke Mail.

  1. Buka aplikasi Photos
  2. Pilih gambar atau video yang anda mahu hantar di Mail. Kemudian, tekan dan tahan gambar itu.
  3. Gerakkan jari anda supaya ia terapung di bawah jari anda.
  4. Gunakan jari anda di tangan sebelah lagi untuk tinggalkan Photos dan navigasi ke Mail.
  5. Kemudian, angkat jari anda untuk letakkan gambar ke dalam emel

Cara ini boleh dilakukan jika anda ingin jadikan gambar sebagai lampiran di emel.



2. Drag and drop fail

Fail yang ada dalam aplikasi Files, seperti PDF, WAV, MP4 atau PNG juga boleh diseret keluar dan dilepaskan ke dalam aplikasi lain. Di bawah ini saya kongsikan contoh drag and drop fail PDF dari Files dan bawanya ke Mail.

  1. Buka aplikasi Files
  2. Dalam paparan ikon atau senarai, tekan jari anda di fail yang anda mahukan, kemudian gerakkan jari anda tanpa mengangkatnya supaya fail mengikut jari anda.
  3. Gunakan jari lain untuk tinggalkan aplikasi Files dan buka aplikasi Mail
  4. Tunggu sehingga anda lihat ada tanda tambah hijau, yang bermaksud anda boleh letakkannya di situ.
  5. Angkat jari anda untuk lepaskan fail.

3. Drag and drop pautan

Selain itu, ciri ini juga boleh digunakan untuk seret pautan seperti daripada aplikasi Safari atau Chrome dan bawanya ke aplikasi lain. Berikut saya kongsikan cara untuk drag and drop pautan dari Safari ke dalam Notes.

  1. Buka aplikasi Safari
  2. Tekan pautan dan gerakkan jari anda supaya pautan itu terapung di bawah jari anda.
  3. Gunakan jari yang lain untuk tinggalkan Safari dan buka Notes
  4. Angkat jari anda untuk jatuhkan pautan tadi dalam Notes

4. Drag and drop teks

Akhir sekali, anda mempunyai pilihan untuk seret mana-mana teks ke dalam aplikasi lain. Contohnya, saya ambil perkataan dari dalam gambar di Photos dan bawanya ke Google untuk lakukan carian. Cara ini boleh menjimatkan masa anda dari perlu menaip perkataan yang panjang satu per satu. Berikut merupakan caranya:

  1. Buka gambar yang mempunyai perkataan dan cari perkataan yang anda ingin drag and drop
  2. Guna jari anda untuk highlight teks itu
  3. Kemudian tekan dan tahan teks itu tanpa mengangkatnya sehingga ia mengikuti jari anda.
  4. Guna jari lain untuk buka Google
  5. Lepaskan teks tadi pada ruang carian

Jika anda perasan, ciri ini merupakan alternatif bagi copy and paste untuk pautan dan teks. Maka, anda boleh gunakan mana-mana cara yang anda rasakan mudah.

[Sumber: CNET]

Bacaan berkaitan

  • Anda tahu tak dalam iOS 15 ada bunyi hujan tersembunyi?
  • Mana satu terbaik untuk laptop, matikan atau tidurkan ia?
  • TIPS: Cara baca artikel di iPhone tanpa gangguan iklan
Tags: iOS 15iphonetips
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
TIPS iPhone: Cara guna ciri drag & drop untuk gambar, fail, teks dan pautan

TIPS iPhone: Cara guna ciri drag & drop untuk gambar, fail, teks dan pautan

26 January 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER