• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition tiba di Malaysia berharga tidak sampai RM10 ribu

  • OLEH Najib
  • 8:16 pm
  • 08/02/2022
  • Komen
TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition tiba di Malaysia berharga tidak sampai RM10 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama tv dan monitor PRISM+, pasti sering anda terlihat kerana cara berkempen mereka yang aktif di media sosial, terutama sekali menggunakan selebriti dan pengguna media sosial yang popular. PRISM+ Malaysia kini mengumumkan ketibaan TV baru mereka dengan saiz mega 86-inci, dikenali sebagai TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition.

TV pintar yang dikuasakan Android TV ini hadir dengan pelbagai ciri premium seperti resolusi tinggi 4K UHD, Dolby Vision HDR, Dolby Atmos serta fungsi kawalan suara jarak jauh. Paling menarik, PRISM melabelkan TV ini sebagai sangat mampu milik kerana harganya tidak mencecah RM10,000.



Lebih tepat lagi, TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition dijual di Malaysia pada harga RM8,999. Pembeli akan turut menerima hadiah percuma berupa langganan penstriman premium iaitu:

  • VIU Premium selama 3 tahun (36 bulan)
  • WeTV VIP selama 3 bulan
  • MeWatch selama 3 bulan

Kepada yang berminat, TV ini boleh dibeli di laman web PRISM+ Malaysia, serta di stor PRISM+ di Lazada dan Shopee. Penghantaran dan pemasangan percuma disediakan dan ia disertakan jaminan selama 2 tahun.



Spesifikasi PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition

Skrin TV ini seluas 86-inci, dengan resolusi 4K UHD (3840×2160) dan kadar penyegaran 60hz. Ini mungkin kurang menarik untuk peminat konsol permainan, tetapi lebih dari mencukupi untuk menonton drama bersiri dan filem. Ini kerana ia menggunakan paparan Quantum IPS yang memberikan kecerahan tinggi serta sudut pandang luas tanpa menjejaskan kualiti. Di samping itu, ia menyokong teknologi Active HDR10 dan Dolby Vision.

Sistem bunyi pula dihasilkan oleh pembesar suara stereo dengan kekuatan 10W setiap satu. Ia dipertingkat dengan sokongan Dolby Atmos dan DTS TruSurround.

Sambungan berwayar juga banyak disediakan iaitu 3 port HDMI 2.0 (HDMI ARC), 2 port USB 2.0, 1 port AV, 1 port SPDIF optikal, 1 port LAN dan 1 port RF untuk sambungan antena TV Digital. Sambungan tanpa wayar pula menyokong Bluetooth 5.0 dan WiFi 2.4/5GHz.

Sistem TV pintar dikuasakan oleh Android TV 10, lengkap dengan Google Playstore. Ini membolehkan ia dipasang ribuan aplikasi seperti Netflix, YouTube, Spotify, Viu, WeTV, HBO Go, Disney+ dan banyak lagi. Ia juga menyokong fungsi Cast, berkongsi kandungan atau paparan dari telefon pintar ke TV dengan mudah.

Pembantu suara pintar, Google Assistant boleh diaktifkan sama ada menggunakan butang di alat kawalan jauh, atau terus bercakap dengan TV kerana ia menyokong arahan suara jarak jauh.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition.

Tags: prismprism+PRISM+ Q86 PRO QE
Najib

Najib

POPULAR

TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition tiba di Malaysia berharga tidak sampai RM10 ribu

TV PRISM+ Q86 PRO Quantum Edition tiba di Malaysia berharga tidak sampai RM10 ribu

8 February 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN