• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi

  • OLEH Najib
  • 6:13 pm
  • 10/02/2022
  • Komen
Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi
Share on FacebookShare on Twitter

Jenama yang terkenal dengan papan kekunci dan tetikus, Logitech kini memperkenalkan tetikus tanpa wayar baharu di Malaysia, Logitech Signature M650. Menariknya, ia datang dalam dua saiz untuk memberikan pengguna memilih ikut keselesaan sendiri.

Walaupun berbeza saiz, tetikus ini dijual pada harga yang sama di Malaysia. Ia berharga RM159 dan boleh didapati sekarang daripada pengedar sah Logitech, serta di Lazada dan Shopee.



Tetikus Logitech Signature M650 datang dalam tiga pilihan warna: merah jambu, putih dan hitam. Sebagai usaha Logitech untuk melestarikan alam sekitar, sehingga 64% plastik kitar semula digunakan dalam penghasilan tetikus ini.

Pelbagai sistem operasi serasi digunakan bersama Logitech Signature M650 seperti Windows, macOS, Linux, Chrome OS, ipadOS dan Android. Ia bersambung secara wayarles menggunakan Bluetooth (rendah tenaga, BLE) atau melalui pemancar USB Logi Bolt.



Roda klik SmartWheel pada tetikus ini boleh diubah mudah dengan satu klik, memberikan ketepatan yang diperlukan atau menatal pantas laman web dan dokumen. Pengalaman hebat menggunakannya ditambah dengan teknologi SilentTouch menjadikan butang ditekan menghasilkan bunyi yang sangat rendah, sehingga 90% lebih senyap berbanding tetikus Logitech M185.

Terdapat lima butang pada tetikus ini. Dua butang di sisi boleh diubahsuai untuk pelbagai kegunaan, melalui aplikasi Logitech Options+.

Satu bateri AA digunakan untuk memberi kuasa kepada tetikus ini dan ia boleh memberi tenaga sehingga 24 bulan, atau selama 2 tahun sebelum bateri perlu diganti. Tidak perlu risau untuk mengecasnya selalu atau menggantikan dengan kerap.

Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Logitech Signature M650.

Tags: LogitechLogitech Signature M650
Najib

Najib

POPULAR

Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi

Tetikus Logitech Signature M650 miliki hayat 24 bulan, pilihan dua saiz dan butang tanpa bunyi

10 February 2022
MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

MyKad generasi baharu diperkenal dengan 53 ciri keselamatan, ini apa yang berubah

16 September 2026
Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

Beli iPhone 18 Pro mengikut gaya anda: Yes tawar lebih banyak pilihan dengan rebat & cashback

17 September 2026
iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

iPhone 18 Pro: Ini perbandingan pelan telco paling ‘ngam’

16 September 2026
Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

Mati-mati ingat TNB salah kira, rupanya ini sebab bil naik melambung!

18 September 2026
Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

Selamat & tahan lama: ELECOM lancar powerbank Semi-Pepejal harga pada RM199

15 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN