• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Perlindungan tambahan Samsung Care+ boleh dibeli dalam tempoh 30 hari

  • OLEH Najib
  • 11:57 am
  • 16/02/2022
  • Komen
Perlindungan tambahan Samsung Care+ boleh dibeli dalam tempoh 30 hari
Share on FacebookShare on Twitter

Pemilik dan bakal pemilik peranti Samsung, kini memiliki tempoh 30 hari dari tarikh pembelian peranti untuk membeli dan mendaftar pelan perlindungan Samsung Care+. Ia memberikan perlindungan di luar jaminan biasa, seperti keretakan skrin dan kerosakan akibat air.

Samsung Care+ boleh dibeli bersama pembelian peranti, atau dalam tempoh 30 hari selepas peranti dibeli. Jika mahu mendapatkannya selepas peranti dibeli, pelan ini boleh didapati di mana-mana cawangan Stor Samsung Experience.



Pemilik peranti Samsung diberikan pilihan untuk membeli pelan Samsung Care+ bagi perlindungan selama 1 tahun atau 2 tahun. Harga yang perlu dibayar pula berbeza mengikut jenis peranti, dari serendah RM55 untuk 1 tahun.

Samsung Care+ menyediakan perlindungan tambahan kepada peranti untuk kerosakan yang disengajakan atau tidak seperti terjatuh, serta kerosakan akibat air. Jika berlaku kerosakan, pengguna hanya perlu menghubungi talian khidmat pelanggan Samsung Care+ dan peranti akan diambil dan dipulangkan secara percuma. Malah, peranti akan diganti jika tidak boleh dibaiki.



Tetapi ada perkara penting yang perlu diambil perhatian tentang Samsung Care+. Pelan ini tidak membaiki atau mengganti peranti rosak secara percuma seperti jaminan biasa, sebaliknya pengguna perlu membayar satu jumlah tetap untuk setiap baik pulih.

Contohnya untuk Galaxy S22 yang baru tetapi retak skrin akibat terjatuh, skrin tersebut boleh diganti dengan kadar rata RM249. Bukannya membayar harga penuh skrin yang boleh mencecah RM1,000. Sama juga jika rosak akibat termasuk air, perlu membayar RM249 untuk dibaiki. Jika tidak boleh dibaiki, peranti baru akan diberikan.

Walaupun masih perlu dibayar, Samsung Care+ memberikan ketenangan minda dengan bayaran kadar rata. Tidak perlu rungsing bayaran membaiki skrin retak, kamera rosak mahupun papan induk terbakar akibat termasuk air.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Care+.

Tags: samsungSamsung Care+
Najib

Najib

POPULAR

Perlindungan tambahan Samsung Care+ boleh dibeli dalam tempoh 30 hari

Perlindungan tambahan Samsung Care+ boleh dibeli dalam tempoh 30 hari

16 February 2022
Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

Huawei Mate 80 Pro Malaysia: Kirin 9030 Pro, pengecasan 100W, harga RM3,999

12 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN