• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:01 am
  • 17/02/2022
  • Komen
Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu
Share on FacebookShare on Twitter

Volkswagen Malaysia telah melancarkan beberapa model Golf yang akan menemui peminat kereta itu di sini dalam tahun 2022. Menariknya tentang pelancaran kali ini adalah, 2 daripada 3 model yang dilancarkan adalah versi pemasangan tempatan di kilang yang letaknya di Pekan, Pahang.

Makanya, anda beroleh manfaat pelepasan cukai SST sepenuhnya dan ia diterjemah kepada harga lebih murah. Sekiranya anda berminat untuk melihat mana-mana model yang dilancarkan dengan lebih dekat, anda boleh pergi ke laman e-Showroom Volkswagen untuk maklumat lanjut.



Volkswagen Golf R-Line Mk8 di Malaysia

Golf R-Line adalah versi termurah dalam kalangan tiga yang dilancarkan. Tempahan untuk memilikinya sudahpun dibuka dan harganya adalah RM155 ribu hingga RM165 ribu. Sebagai perbandingan, Golf R-Line generasi terdahulu memiliki tanda harga sekitar RM173 ribu. Bersama-sama dengan pembelian itu, anda terima penyelenggaraan percuma selama 3 tahun, jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan, dan bantuan tepi jalan 5 tahun.

Di bahagian luar kereta, saya gemarkan kemasan lampu pemanduan siang (DRL) yang menyala merentasi bahagian depan kereta tapi di bahagian-bahagian lain ia masih mengekalkan DNA Golf sedia ada. Beralih ke kabin, kluster butang sesentuh dan tombol pemandu digelar pengeluarnya sebagai “Driver’s Workspace”. Ia dilengkapi panel speedometer digital sepenuhnya bersaiz 10.25”. Paparan tengah kabin adalah sebesar 10” dan ia menyokong Android Auto dan Apple CarPlay.



Selain menggunakan sentuhan, arahan kepada sistem kereta boleh diberikan menggunakan suara. Antara ciri yang didemonstrasikan adalah mengubah kekuatan pendingin hawa.

Dalam kategori prestasi, sebuah enjin 1.4L TSI dengan penujah turbo digunakan. Kuasa yang dijana disalurkan kepada roda melalui transmisi automatik 8 kelajuan dan bukannya transmisi DSG seperti dalam generasi sebelumnya. Berdasarkan data yang dikongsikan, sistem ini menghasilkan 150PS kuasa dengan daya kilas setinggai 250Nm. Dalam pemanduan optimum, kereta ini boleh bergerak sejauh 17.2km untuk setiap liter.

Ciri-ciri keselamatan asas hadir pada kereta ini. Anda beroleh Electyronic Stability Control, Post Collision Braking System, Electronic Differential Lock (XDS) bersama-sama 6 beg udara. Namun, ia ketandusan ciri keselamatan pintar berautonomi seperti autonomous emergency braking, lane keep assist, dan adaptive cruise control. Myvi 2022 yang berharga bawah RM60 ribu pun ada beberapa ciri pintar yang disebutkan tadi.

Volkswagen Golf GTI Mk8 di Malaysia

Ini adalah kereta yang nampak baik di luar tapi garang di dalam. Ia ada enjin 2.0L dengan penujah turbo dan sistem transmisi DSG 7 kelajuan. Gabungan sistem itu mampu memuntahkan 245PS bersama-sama daya kilas 370Nm.

Tangki minyaknya 50L jadikannya stabil untuk dikendali. Penggunaan minyaknya dimaklumkan pada kadar sekitar 14km untuk setiap liter.

Di bahagian dalam, Golf GTI Mk8 ada perkakasan hampir sama dengan saudara R-Line. Anda dapat “Driver’s Workspace” dengan panel speedo 10.25” dan skrin infotainment sebesar 10”.

Golf GTI Mk8 adalah GTI yang pertama dipasang di kilang selain Jerman dan China. Harganya untuk pasaran Malaysia adalah RM211.6K berbanding RM233.9 untuk generasi sebelumnya yang diimport sepenuhnya.

Tags: automotifVolkswagenvolkswagen golf gtivolkswagen golf r-line
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu

Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu

17 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER