• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPhone & Samsung tak boleh guna 5G di Malaysia, diskaun Realme C35 & Surface Laptop Studio | SBM #56

  • OLEH Fatin Amanina
  • 12:46 pm
  • 22/02/2022
  • Komen
iPhone & Samsung tak boleh guna 5G di Malaysia, diskaun Realme C35 & Surface Laptop Studio | SBM #56
Share on FacebookShare on Twitter

Antara berita yang dikupaskan dalam video ini ialah, makanan segera macam mana yang dilarang dibawa naik atas pesawat Malaysia Airlines? Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tak boleh guna 5G di Malaysia?  Kenderaan apa yang layak terima insentif pengecualian cukai jalan? Dan banyak lagi berita lain yang dikongsikan.

1. Makanan segera ini tak lagi dibenarkan naik pesawat Malaysia Airlines

Menerusi pengumuman di laman rasmi Malaysia Airlines, mereka tidak lagi membenarkan makanan yang ada ciri pemanasan kendiri ataupun sebarang pek pemanas berasaskan bahan kimia dibawa masuk ke penerbangan.



Berita penuh di sini.

2. Microsoft Surface Laptop Studio: Maklumat penjualannya di Malaysia

Microsoft umum ketibaan Surface Laptop Studio ke Malaysia. Tempahan awal dibuka mulai 15 Februari di pengedar sah Microsoft di seluruh Malaysia. Laptop ini akan sedia dijual di Malaysia pada 3 Mac 2022.



Harga dan spesifikasi di sini.

3. Kenapa Samsung Galaxy dan iPhone tidak boleh guna 5G di Malaysia? Ini jawapan DNB

Tidak semua peranti 5G boleh berhubung ke rangkaian 5G Digital Nasional Berhad. Contohnya peranti popular Samsung Galaxy dan Apple iPhone. Bagi jelaskan persoalan tentang sokongan peranti 5G, DNB telah keluarkan kenyataan rasmi serta soalan lazim (FAQ) di media sosial mereka.

Berita penuh di sini.

4. Realme C35 ada diskaun RM100 dan jaminan lebih panjang untuk pembeli awal

Realme Malaysia umumkan kedatangan Realme C35. Ada dua varian akan dijual di Malaysia. Ia akan mula dijual pada 21 Februari 2022 secara eksklusif di Shopee. Jualan di pengedar sah Realme boleh didapati mulai 25 Februari 2022.

Harga dan spesifikasi di sini.

5. WhatsApp iOS lancarkan keupayaan dengar Voice Note di luar ruang sembang

WhatsApp versi 22.4.75 di iOS membolehkan pengguna memainkan Voice Note dan fail audio di luar ruang sembang. Jadi, anda boleh dengar mesej audio dari seseorang, sambil pergi ke ruang sembang lain untuk balas mesej.

Berita lanjut di sini.

6. Kenderaan elektrik & kenderaan milik OKU, layak terima insentif pengecualian cukai jalan

JPJ kini laksanakan pemberian insentif pengecualian fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan sepenuhnya kepada kategori Kenderaan Motor Elektrik dan kenderaan yang bawa atau dimiliki oleh Orang Kurang Upaya. Bagi kenderaan Motor Elektrik, ia hanya membabitkan kenderaan yang dipacu sumber elektrik sepenuhnya sahaja.

Berita penuh di sini.

7. Volkswagen Malaysia GTI dan R-Line Mk8 dilancar lebih murah dek pemasangan tempatan, harga bemula RM155 ribu

Volkswagen Malaysia telah lancarkan beberapa model Golf yang akan menemui peminat dalam tahun 2022. 2 daripada 3 model yang dilancarkan adalah versi pemasangan tempatan di kilang yang letaknya di Pekan, Pahang. Jadi, anda beroleh manfaat pelepasan cukai SST sepenuhnya dan harga lebih murah.

Maklumat lanjut di sini.

Tags: 5gcukai jalanDNBJPJMalaysia Airlinesmicrosoft surface laptop studioRealme C35volkswagen golf gtivolkswagen golf r-linewhatsapp
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

iPhone & Samsung tak boleh guna 5G di Malaysia, diskaun Realme C35 & Surface Laptop Studio | SBM #56

iPhone & Samsung tak boleh guna 5G di Malaysia, diskaun Realme C35 & Surface Laptop Studio | SBM #56

22 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER