• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer kemas kini barisan Swift 3 dan Swift 5 dengan cip Intel Core Gen-12

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:16 pm
  • 25/02/2022
  • Komen
Acer kemas kini barisan Swift 3 dan Swift 5 dengan cip Intel Core Gen-12
Share on FacebookShare on Twitter

Sejurus Intel mengumumkan keberadaan cip Intel Core generasi ke-12 mereka kepada umum, Acer terus mengumumkan beberapa produk yang akan mendukung cip terbaharu itu iaitu pada laptop Swift 5 dan Swift 3.

Spesifikasi Acer Swift 5

Acer Swift 5 adalah laptop yang menerima penawaran Intel Evo dan diperkasa cip terbaharu ini. Namun, mereka tidak memperincikan cip yang manakah bakal memperkasakan laptop ini. Berkemungkinan besar aka nada laptop dengan Intel Core Gen-12 siri P yang ada paras TDP 28W ataupun siri U yang ada paras TDP 15W.



Bergandingan dengna cip tersebut adalah RAM sehingga 16GB LPDDR5 bersama-sama dengan storan SSD seluas sehingga 2TB.

Acer menyertakan teknologi penyejuk TwinAir yang mengandungi dua unit kipas, paip penyejuk, dan lubang udara. Semua perkakasan itu dipadatkan dalam badan seberat 1.2kg dan setebal 14.95mm sahaja.



Di bahagian muka, laptop ini dilengkapi panel paparan 14” pada resolusi (2560×1600). Paparan ini peka sentuhan dan disebabkan ia menggunaka nisbah paparan 16:10, anda beroleh ruang kerja yang luas. Selapisan kaca Corning Gorilla sebagai pelindung keselamatan.

Satu perkara yang menarik tentang laptop ini adalah pada bahagian touchpad. Acer memaklumkan yang bahagian pad sesentuh diperbuat daripada sampah plastic yang hanyut di laut.

Lain-lain spesifikasi yang ditampilkan laptop ini adalah seperti webcam pada resolusi FHD dan ada teknologi proprietari Temporal Noise Reduction daripada Acer.

Acer mendakwa laptop ini mampu berkhidmat sekitar 10 jam dengan satu bateri penuh. Pengecasan selama 30 minit memberikan sekitar 4 jam waktu guna.

Spesifikasi Acer Swift 3

Acer Swift 3 biasanya adalah versi lite kepada Swift 5. Namun tidak bermakna prestasinya dikorbankan. Ia masih diperkasa cip Intel Core Gen-12, berkemungkinan besar siri P ataupun siri U.

Menurut perkongsian Acer lagi, laptop ini dilengkapi storan sehingga 2TB, namun tidak pula kongsikan berapakah kapasiti RAM yang bakal digendongnya.

Paparan Swift 3 lebih konvensional. Ia menggunakan panel bernisbah 16:9 sebesar 14” dengan resolusi FHD ataupun QHD.

Lagi yang masih samar-samar adalah spesifikasi lengkap. Yang boleh diekstrak daripada perkongsian gambar daripada mereka adalah laptop ini ada port HDMI, USB-A dan USB-C.

Pengeluarnya memaklumkan yang pengecasan 30 minit laptop ini memberikan jangka hayat penggunaan sehingga 4 jam lamanya namun tidak pula memberitahu berapa lamakah hayat guna dengan satu bateri penuh.

Harga Acer Swift 5 & Acer Swift 3

Acer mengumumkan penjualan dua laptop ini di pasaran Eropah, China, Asia Tengah seawal April 2022 manakala pasaran Amerika Utara sana sebelum Jun 2022.

Acer Swift 5 dijual pada harga bermula UDS1,499 manakal Swift 3 pada harga bermula USD849.

Tags: Aceracer swiftAcer Swift 3Acer Swift 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Acer kemas kini barisan Swift 3 dan Swift 5 dengan cip Intel Core Gen-12

Acer kemas kini barisan Swift 3 dan Swift 5 dengan cip Intel Core Gen-12

25 February 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER