• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Celcom dinobat penyedia liputan mudah alih terluas di Malaysia tahun 2021

  • OLEH Najib
  • 2:11 pm
  • 07/03/2022
  • Komen
Celcom dinobat penyedia liputan mudah alih terluas di Malaysia tahun 2021
Share on FacebookShare on Twitter

Jika bercakap tentang liputan talian mudah alih di Malaysia, nama Celcom sering menjadi sebutan ramai. Perkara ini diperkukuhkan lagi apabila Ookla, penganalisa rangkaian mudah alih di seluruh dunia, memberi anugerah Ookla Speedtest Awards untuk Best Mobile Coverage di Malaysia bagi tahun 2021, kepada Celcom.

Anugerah ini diberikan berdasarkan laporan Ookla Speedtest di Malaysia bagi suku ketiga dan keempat 2021. Ookla menggunakan dua metrik untuk menentukan kualiti liputan. Pertama adalah kesediaan liputan rangkaian umum dan rangkaian 4G. Metrik kedua adalah kiraan imbasan peranti yang dikesan di lokasi.



Menurut Ookla, Celcom beroleh skor purata sebanyak 787 di Malaysia, mendahului kategori Rangkaian Mudah Alih Terbaik. Ia meninggalkan rangkaian lain agak jauh seperti Digi di tempat kedua dengan skor purata 639 dan Maxis 627. U Mobile pula menerima skor purata hanya 474, manakala Unifi Mobile 363.

Rekod kiraan imbasan peranti tertinggi juga milik Celcom degan lebih daripada 142 juta imbasan dan meliputi 356,606 lokasi di seluruh negara. Berdasarkan laporan tersebut, Celcom telah mendahului dengan mencatatkan lebih daripada 93.2% untuk rangkaian 4G dan 99.7% untuk liputan umum di seluruh negara.



Celcom telah melabur perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM825 juta untuk menambah baik rangkaian pada tahun 2021, melibatkan 900 tapak baru 4G LTE serta lebih daripada 9,500 tapak telah dioptimumkan dengan liputan dan kapasiti 4G yang dipertingkatkan di seluruh negara. Pelaburan rangkaian 4G Celcom telah meningkatkan liputan populasi 4G LTE di seluruh negara sebanyak 99% atau lebih di 7 negeri terutamanya di Sabah, Pahang, Terengganu, Kelantan Sarawak, Negeri Sembilan dan Kedah.

Mengulas berkenaan kemenangan tersebut, Datuk Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata, Celcom amat berbangga kerana diiktiraf sebagai Best Mobile Coverage di Malaysia oleh Ookla. Celcom amat komited untuk memberikan pengalaman digital terbaik kepada pelanggan, sama ada untuk keperluan kerja, permainan, penstriman video ataupun pembelajaran. Celcom akan terus berusaha untuk menjadi penyedia rangkaian yang paling dipercayai untuk seluruh rakyat Malaysia, dengan liputan terluas serta prestasi yang konsisten.

CEO Celcom Axiata Berhad, Idham Nawawi (kiri)

“Kami akan terus melabur dalam memodenkan rangkaian kami untuk memenuhi pertumbuhan trafik data yang pesat serta memacu pelaburan dalam rangkaian. Pelaburan rangkaian kami termasuk menggunakan teknologi hujung ke hujung terkini seperti FDD Smart 8T8R komersial berskala besar yang pertama di dunia, 4T4R multiple-input and multiple-output (MIMO), Carrier Aggregation, 256 Quadrature Amplitude Modulation (QAM) dan banyak lagi bagi meningkatkan pengalaman digital pelanggan kami.

“Kami juga akan memastikan rangkaian kami menjangkau kesemua lapisan masyarakat, termasuk kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak. Kami ingin mengukuhkan kepercayaan pelanggan serta pihak pelabur dengan meneruskan fokus kami dalam meningkatkan kesinambungan dan pengalaman digital untuk seluruh rakyat Malaysia dari setiap lapisan masyarakat, memacukan inisiatif digital yang inklusif di seluruh negara,” tambah Idham.

Anda boleh membaca laporan penuh Ookla tentang liputan mudah alih Malaysia, di sini.

Bacaan Berkaitan

  • Celcom dan ZTE naik taraf 100 tapak 4G di Sabah dan Sarawak dengan spektrum 900MHz
  • OpenSignal: Digi & U Mobile penyedia telekomunikasi terbaik awal tahun ini
  • Pelanggan Telco: U Mobile, Digi tersungkur; Celcom menang besar sewaktu PKP
Tags: celcomooklaspeedtest
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Celcom dinobat penyedia liputan mudah alih terluas di Malaysia tahun 2021

Celcom dinobat penyedia liputan mudah alih terluas di Malaysia tahun 2021

7 March 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER