• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

PROMO: Dapatkan pengecas Galaxy S22 percuma di Samsung Members

  • OLEH Najib
  • 11:25 am
  • 08/03/2022
  • Komen
PROMO: Dapatkan pengecas Galaxy S22 percuma di Samsung Members
Share on FacebookShare on Twitter

Jika anda mahu membeli telefon pintar Galaxy S22 yang terbaru, jangan lupa untuk menebus kod baucar di aplikasi Samsung Members terlebih dahulu. Ini kerana Samsung Malaysia memberikan pengecas 25W percuma, jika membeli Galaxy S22 bersama kod promosi tersebut.

Untuk mereka yang tidak memiliki peranti Samsung, anda boleh cuba bertanyakan rakan-rakan yang menggunakan peranti Samsung. Bagi mendapatkan kod baucar ini, anda perlu menebusnya di dalam aplikasi Samsung Members.



Caranya, buka aplikasi Samsung Members dan leretkan sepanduk di bahagian atas, sehingga anda bertemu promosi percuma pengecas Galaxy S22. Klik pada sepanduk tersebut. Kemudian, tekan pada “View Voucher” untuk melihat kod baucar eksklusif anda.

Kod baucar ini hanya boleh digunakan untuk membeli siri Galaxy S22 di Stor Online Samsung Malaysia sahaja. Di sana, pilih model Galaxy S22 yang mahu dibeli beserta jenis storan, dan pastikan anda mmeasukkan kod baucar sebelum membayar. Ia akan disenaraikan sebagai aksesori percuma sebelum checkout.



Selepas tamat tempoh promosi tempahan awal, Samsung kini menyediakan hadiah percuma yang berbeza untuk pembeli siri Galaxy S22. Pembeli akan menerima jam pintar Galaxy Watch 4 bagi semua model, dan tambahan stylus Galaxy x Lamy Safari Twin Pen khusus untuk Galaxy S22 Ultra.

Walaupun Galaxy S22+ dan Galaxy S22 Ultra menyokong pengecasan pantas 45W, beberapa pengguna menemui bahawa pengecas 45W tidak menjadikannya mengecas lebih pantas berbanding pengecas 25W. Untuk makluman, pengecas tidak lagi diberikan di dalam peranti flagship Samsung sejak siri Galaxy S21 dan masih diteruskan di siri Galaxy S22.

Untuk rujukan, berikut adalah harga jualan siri Galaxy S22 di Malaysia:

  • Samsung Galaxy S22 5G 128GB – RM3,499
  • Samsung Galaxy S22 5G 256GB – RM3,699
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 128GB – RM4,099
  • Samsung Galaxy S22+ 5G 256GB – RM4,299
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 128GB – RM5,099
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 256GB – RM5,499
  • Samsung Galaxy S22 Ultra 5G 512GB – RM5,899

[Sumber: Samsung]

Bacaan Berkaitan

  • Pengecas 45W di Galaxy S22+ dan S22 Ultra hampir tiada beza dengan pengecas 25W
  • Hadiah tempahan awal habis, Samsung kini ada hadiah baru untuk pembeli Galaxy S22
  • Selepas pengecas, cuba teka aksesori seterusnya yang akan Samsung buang dari telefon
  • 6 perkara yang anda patut tahu tentang siri Samsung Galaxy S22
  • Harga rasmi Samsung Galaxy S22, S22+ & S22 Ultra bersama promosi tempahan awal
  • Samsung Galaxy S22 dan S22+: Naik taraf kecil yang digemari ramai
  • Samsung Galaxy S22 Ultra: Jelmaan semula Note 20 Ultra
  • Samsung mahu saingi Google, beri kemaskini 5 tahun untuk siri Galaxy S22, S21 dan Tab S8

Tags: samsungSamsung Galaxy S22
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
PROMO: Dapatkan pengecas Galaxy S22 percuma di Samsung Members

PROMO: Dapatkan pengecas Galaxy S22 percuma di Samsung Members

8 March 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER