• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 6:35 pm
  • 09/03/2022
  • Komen
Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?
Share on FacebookShare on Twitter

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) hari ini telah melancarkan kenderaan elektrik sepenuhnya (EV) siri Ioniq 5. Ini adalah kereta yang dibangunkan di atas Hyundai Electric Global Modular Platform (E-GMP) pertama yang tiba di Malaysia.

Berdasarkan helaian spesifikasi, kenderaan ini macam duduk sebaris dengan Tesla Model 3 tapi lebih baik, anda boleh dapatkannya secara rasmi di Malaysia berbanding kenderaan Tesla yang semuanya jenis grey import yang bermakna segala tuntutan jaminan hanya boleh dilakukan melalui pengimport sahaja.



Ini adalah 7 perkara menarik tentang siri Hyundai Ioniq 5 di Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=_Yhi-r9yQvI&ab_channel=HyundaiWorldwide

1. 3 varian Hyundai Ioniq 5

Ada 3 varian Hyndai Ioniq 5 dilancarkan. Menariknya, tatacara penamaannya lebih mirip gaya penamaan telefon pintar berbanding gaya penamaan produk automotif. Untuk Ioniq 5, anda ada varian seperti Lite, Plus, dan Max.



Berikut adalah senarai jualan siri Hyundai Ioniq 5 di Malaysia:

  • Hyundai Ioniq 5 Lite – RM199,888
  • Hyundai Ioniq 5 Plus – RM229,888
  • Hyundai Ioniq 5 Max – RM259,888

Varian Max miliki segala-gala yang terbaik seperti bateri lebih besar, sistem motor lebih berkuasa, dan beberapa aksesori menarik lain manakala varian Plus ada sebahagian besar spesifikasi Max tapi dengan bateri lebih kecil dan sistem motor lebih rendah kuasa.

2. Sistem motor elektrik sekuasa 305ps

Bercerita tentang sistem motor eletrik Hyundai Ioniq 5, varian Lite dan Plus berkongsi sistem yang sama tapi Max ada sistem motor yang lebih tinggi kuasa.

Pengguna akan temui sistem pemacuan semua roda (AWD) pada Max dengan kuasa setinggi 305PS. Sebagai perbandingan, VW Golf GTI yang kami pandu uji dulu ada 245PS. Untuk varian Lite dan Plus pula, mereka adalah pacuan roda belakang dengan sistem motor sekuasa 170PS.

Yang menariknya, kesemua varian ada kelajuan maksimum 180km/j. Berkemungkinan besar ia dihadkan secara elektronik bagi menjamin keselamatan.

3. Jarak pemanduan menjangkau 430km

Hyundai Ioniq 5 menggunakan teknologi bateri lithium-ion polymer. Varian Max ada bateri berkapasiti 72.6kWh yang mampu bawanya sejauh 430km bergantung kepada gaya pemanduan. Lebih menarik, di atas bumbung varian Max ada panel solar yang akan mengecas bateri kenderaan ini. Namun, tidaklah diketahui berapakah paras kuasa yang dihasilkan panel ini.

Untuk Lite dan Plus, baterinya sedikit kecil iaitu pada 58kWh dan ia mampu menjelajah sejauh 384km.

4. 18 minit untuk isi 80% kapasiti bateri

Hyundai Ioniq 5 menyokong beberapa piawaian pengecasan. Ia boleh dicas penuh daripada 10% kepada 80% dalam masa 18 minit sahaja bila sistem pengecasan DC 350kW digunakan. Jika tiada, ia masih boleh manfaatkan kemudahan DC 50kW unuk pengecasan sepantas 47 minit.

Kalau anda mengecasnya di rumah gunakan soket 3 pin biasa, ia mengambil masa sehingga 6.1 jam ataupun 5 jam untuk varian Lite dan Plus dek bateri mereka yang lebih kecil kapasiti.

5. Vehicle-to-Load: Boleh buka kedai kopi tepi jalan

Untuk kemudahan, anda akan temui 5 port USB di sekeliling kereta yang boleh digunakan untuk mengecas perati anda. Namun apa yang lebih menarik adalah pada kehadiran soket 3 pin di bahagian bawah kerusi penumpang belakang yang boleh anda gunakan untuk kuasakan peralatan elektrik 230V.

Port pengecas kereta ini juga boleh diubah suai dengan adapter khas yang akan berikan satu lagi soket 3 pin untuk kegunaan anda. Jadi, anda boleh buka kedai kopi tepi jalan tanpa perlukan penjana kuasa petrol pun kerana tenaga akan ditarik daripada bateri kereta.

Teknologi ini dipanggil Vehicle-to-Load (V2L).

6. Sistem infotainment dengan audio Bose

Bukan setakat bahagian luar nampak futuristik, bahagian dalam kereta ini pun ikuti falsafah rekaan yang sama. Anda terima kluster papan pemuka digital yang boleh pamerkan pelbagai maklumat. Sistem infotainment-nya menyokong Android Auto dan CarPlay.

Kemudian, varian Max dilengkapi 7 speaker keliling dan subwoofer daripada Bose untuk pengalaman audio dalam kabin padu sementara dua varian lebih murah sekadar 6 speaker biasa.

7. Jaminan 2 tahun tapi boleh dipanjangkan

Setiap Hyundai Ioniq 5 hadir dengan jaminan 2 tahun atau 50,000km (yang mana sampai dulu) dan jaminan bateri selama 8 tahun atau 160,000km (yang mana sampai dulu). Tapi anda boleh panjangkan tempoh jaminan dengan tambahan RM10,000.

Dengan jaminan tambahan, anda beroleh perlindungan selama 5 tahun atau 100,000km dan servis selenggara percuma untuk 3 tahun atau 50,000km. Jaminannya agak pendek dan ia adalah standard untuk kereta-kereta di bawah edaran Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM).

Sebagai perbandingan, jenama seperti Honda dan Toyota mampu memberikan jaminan 5 tahun tanpa had perbatuan untuk kereta-kereta mereka.

Tags: automotifEVHyundaihyundai ioniqhyundai ioniq 5
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

Siri Hyundai Ioniq 5: Alternatif lebih baik kepada Tesla Model 3?

9 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER