• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Umpama boikot besar-besaran, ini senarai syarikat teknologi yang hentikan jualan & perkhidmatan di Rusia

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:23 pm
  • 10/03/2022
  • Komen
Umpama boikot besar-besaran, ini senarai syarikat teknologi yang hentikan jualan & perkhidmatan di Rusia
Share on FacebookShare on Twitter

Konflik Ukraine-Rusia nampaknya dapat perhatian hebat daripada syarikat teknologi apabila ada yang akan menghentikan penjualan produk dan perkhidmatan mereka di negara Rusia. Ini boleh menjadikan segala-galanya, daripada kategori peranti seperti iPhone dan PS5 sehinggalah kepada permainan video akan sukar diperoleh di negara itu.

Malah, syarikat media sosial juga lakukan tindakan yang hampir sama seperti membanteras maklumat palsu dan mengurangkan kehadiran saluran media milik negara Russia seperti RT News dan Sputnik News di dalam talian. Google dan Twitter juga telah menggantung pengiklanan di Rusia. Berikut merupakan antara syarikat teknologi terkemuka yang telah menghentikan jualan atau perkhidmatan di Rusia:



1. Adobe

Pencipta perisian Adobe menghentikan semua jualan dan perkhidmatan baharu mereka di Rusia. Mereka juga memutuskan akses kepada perkhidmatan awannya untuk saluran media yang dikawal kerajaan Rusia.

2. Airbnb

Perkhidmatan penyewaan bilik, Airbnb telah menggantung semua operasi mereka di Rusia dan Belarus. Dalam masa yang sama, anak syarikat bukan untung mereka bakal menawarkan perumahan sementara secara percuma kepada 100,000 pelarian Ukraine.



Sebelum ini, dikhabarkan orang dari seluruh dunia menempah Airbnb di Ukraine sebagai saluran menghantar bantuan kewangan kepada pemilik Airbnb. Pihak Airbnb juga mengecualikan sebarang bentuk kutipan komisen daripada pihak mereka. Ini bermakna semua bayaran yang melalui Airbnb akan sampai kepada pengendali penginapan Airbnb.

Hi there, thank you for contacting us. We can confirm we are waiving all guest and host fees on all bookings in Ukraine at this time. Thank you. https://t.co/WCQEFGIlXC

— Airbnb Help (@AirbnbHelp) March 3, 2022

3. Amazon & AWS

Amazon telah menggantung penghantaran semua produk runcit kepada pelanggan di Rusia dan Belarus, serta menggantung akses kepada Prime Video untuk pengguna di Rusia. Selain itu, meskipun AWS tidak mempunyai pusat data atau pejabat di Rusia, mereka tetap bertindak menghentikan kebenaran untuk pendaftaran baharu bagi perkhidmatan di Rusia dan Belarus. Mereka juga akan menggantung akaun pelanggan yang menggunakan AWS untuk mengancam, menghasut, menggalakkan keganasan atau perkara bahaya.

4. Apple

Selain itu, syarikat teknologi besar Apple memutuskan untuk berhenti menjual produknya di Rusia dan menghentikan transaksi dalam talian, termasuk mengehadkan Apple Pay di negara itu. Mereka juga telah melumpuhkan beberapa ciri Apple Maps di Ukraine untuk melindungi orang awam.

5. BMW, Ford, GM, Honda

Beberapa pembuat kereta telah mengurangkan operasi mereka di Rusia. BMW menghentikan pengeluaran tempatan di Kaliningrad dan menghentikan eksport ke Rusia, begitu juga dengan Honda. Ford pula menggantung operasinya di negara itu sehingga notis selanjutnya dikeluarkan. Manakala GM pula menggantung perniagaan mereka di Rusia.

6. Disney

Syarikat hiburan Disney telah menghentikan semua tayangan teater di Rusia, termasuk filem Pixar yang akan datang iaitu Turning Red. Syarikat itu menambah bahawa Disney sedang bekerjasama dengan rakan kongsi pertubuhan bukan kerajaan untuk menyediakan bantuan segera dan bantuan kemanusiaan lain kepada pelarian.

7. Electronic Arts

Pembuat permainan video popular termasuk francais FIFA ini, telah berhenti menjual semua kandungannya di Rusia dan Belarus. Ini termasuklah permainan, kandungan tambahan dan mata wang maya. Selain itu, EA turt mengalih keluar pasukan kebangsaan Rusia daripada semua versi bola sepak dan permainan video hokinya.

8. Epic Games

Epic Game yang merupakan pencipta permainan Fortnite berkata, mereka akan menghentikan perdagangan dengan Rusia, tapi mereka tidak akan menyekat akses Rusia daripada menggunakan platform itu. Ini kerana, alat komunikasi lain masih boleh digunakan dan individu perlu diberi ruang bersuara.

Epic is stopping commerce with Russia in our games in response to its invasion of Ukraine. We’re not blocking access for the same reason other communication tools remain online: the free world should keep all lines of dialogue open.

— Epic Games Newsroom (@EpicNewsroom) March 5, 2022

9. Google

Walaupun pengguna di Rusia masih boleh menggunakan enjin carian Google, tapi mereka telah menggantung sepenuhnya perniagaan pengiklanannya di negara itu. Ini termasuk hasil iklan daripada YouTube serta carian Google. Beberapa ciri Google Maps juga telah dilumpuhkan.

Selain itu, pengendali Google Maps mengesahkan yang pihak mereka telah matikan beberapa fungsi dalam aplikasi tersebut buat pengguna yang berada dalam wilayah Ukraine atas sebab-sebab keselamatan. Antaranya adalah maklumat trafik masa nyata seperti tahap kesibukan sesuatu lokasi. Ia mungkin bagi menghalang pihak-pihak yang cuba mengambil kesempatan ke atas info ini dalam merangka serangan.

10. IBM

Syarikat teknologi ini telah menggantung semua perniagaan di Rusia. Mereka juga menawarkan sokongan untuk pelarian yang bekerja di IBM dan buat keluarga mereka, seperti bantuan penginapan, pengangkutan serta makanan dan bekalan.

11. Intel

Syarikat Intel telah menggantung semua penghantaran kepada pelanggan di Rusia dan Belarus, termasuklah cip. Dalam masa yang sama, Intel juga telah melancarkan kempen derma melalui Yayasan Intel sebagai satu bentuk bantuan dan mereka telah mengumpul lebih USD 1.2 juta bantuan.

12. Microsoft

Pencipta Windows ini telah menggantung jualan produk dan perkhidmatannya di Rusia. Mereka juga terus bekerja secara proaktif untuk membantu pegawai keselamatan siber di Ukraine mempertahankan diri daripada serangan Rusia.

13. Netflix

Netflix kini mempunyai empat siri bahasa Rusia dalam pengeluaran dan pasca pengeluaran. Tapi, mereka bertindak menghentikan seketika semua projek dan pemerolehan di Russia. Mereka juga enggan menambah saluran kerajaan pada perkhidmatan Rusianya.

14. Nintendo

Syarikat permainan video ini telah menetapkan e-store Rusianya dalam mod penyelenggaraan. Ini bermakna ia tidak tersedia untuk pengguna Rusia. Buat masa ini, pemain di Rusia tidak boleh membeli permainan baharu melalui perkhidmatan tersebut.

15. Paramount

Paramount Pictures menghentikan pengedaran filem di Rusia. Mereka juga menghentikan sementara tayangan filem akan datang iaitu The Lost City dan Sonic the Hedgehog 2.

16. PayPal

Syarikat pembayaran antarabangsa dalam talian ini telah menghentikan perkhidmatannya di Rusia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PayPal, Dan Schulman, syarikatnya menyokong rakyat Ukraine dan berdiri bersama masyarakat antarabangsa untuk mengecam pencerobohan ketenteraan Rusia di negara tersebut.

17. Samsung

Samsung telah mula menggantung penghantaran mereka ke Rusia. Namun, mereka terus memantau situasi kini untuk menentukan langkah seterusnya. Mungkin jika konflik ini reda, penghantaran akan disambung semula seperti biasa.

18. Sony

Berikutan tekanan yang semakin meningkat kepada Sony untuk menghentikan jualan sistem permainan PS5nya di Rusia, Sony Interactive Entertainment pada 9 Mac umumkan bahawa mereka telah menggantung semua penghantaran perkakasan dan perisian, serta pelancaran operasi Gran Turismo 7 dan PlayStation Store di Rusia.

19. TikTok

TikTok menerusi saluran Twitter rasmi mereka mengumumkan yang pengguna Rusia telah dihalang untuk memuat naik kandungan baharu dan bersiaran langsung di platform itu. Langkah itu bertujuan untuk melindungi pengguna Rusia daripada terkesan dengan undang-undang berkaitan penyebaran berita palsu yang baru saja diluluskan di negara itu baru-baru ini.

Pada 4 Mac 2022, parlimen Rusia meluluskan satu undang-undang yang memperuntukkan penjara sehingga 15 tahun untuk kesalahan berkongsi berita tak tepat tentang tentera negara itu.

20. Universal

Universal telah mengumumkan bahawa mereka menghentikan tayangan mereka di Rusia berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. Tapi tidak dinyatakan filem khusus yang akan dihentikan itu.

21. Warner Bros

Warner Bros tidak akan menyiarkan The Batman di Russia seperti yang dijadualkan. Sebaliknya, mereka bertindak untuk menghentikan operasi di negara itu.

Dengan keputusan yang dilakukan oleh syarikat teknologi ini, tentu ia bakal beri impak besar kepada individu di Rusia yang menggunakan barisan produk dan perkhidmatan yang terlibat ini. Tindakan ini kelihatan seperti boikot besar-besaran. Pasti mustahil untuk penduduk di sana dapatkan kemaskini perisian secara sah dan tentunya sukar untuk mereka dapatkan alat ganti peranti yang asli.

Namun, semua syarikat yang terlibat melakukan tindakan tersebut atas satu sebab yang sama, iaitu kerana protes dengan serangan Rusia ke atas Ukrain. Mungkin mereka akan hentikan semua sekatan ini apabila Rusia tidak lagi lakukan hal tersebut.

[Sumber: Cnet]

Tags: appleRusia
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Umpama boikot besar-besaran, ini senarai syarikat teknologi yang hentikan jualan & perkhidmatan di Rusia

Umpama boikot besar-besaran, ini senarai syarikat teknologi yang hentikan jualan & perkhidmatan di Rusia

10 March 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER