• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama AirAsia

Penumpang wanita AirAsia Ride kini boleh pilih pemandu wanita

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:42 pm
  • 16/03/2022
  • Komen
Penumpang wanita AirAsia Ride kini boleh pilih pemandu wanita
Share on FacebookShare on Twitter

AirAsia Ride lancarkan ciri Pemandu Komuniti bagi memenuhi keperluan berbeza setiap penumpang. Ciri ini akan bermula dengan pilihan pemandu wanita atau dikenali sebagai LadiesOnly. 

Ciri LadiesOnly ini beri peluang kepada penumpang wanita untuk pilih pemandu wanita. Untuk menempahnya, anda hanya perlu lakukan langkah di bawah:



  1. Tekan ikon Ride pada aplikasi AirAsia.
  2. Kemudian, tetapkan lokasi anda dan destinasi.
  3. Anda kemudian akan diberikan pilihan pemandu di bawah pemandu komuniti. Tapi, jika tiada pemandu komuniti berdekatan anda, maka anda perlu pilih mana-mana pemandu yang ada.

Bersempena dengan sambutan Hari Wanita Antarabangsa baru-baru ini, AirAsia Ride akan menderma semua hasil daripada ciri LadiesOnly antara 8 Mac 2022 sehingga 7 April 2022 kepada komuniti wanita yang memerlukan, melalui Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO). Hasil tersebut tidak termasuk komisen para pemandu.

Jadi pemandu AirAsia Ride & terima faedah bernilai sehingga RM400

Selain itu, AirAsia Ride juga akan menaja pemandu wanita yang tidak mempunyai pengalaman atau lesen e-hailing, yang ingin sertai AirAsia Ride buat kali pertama. Mereka akan diberikan faedah eksklusif bernilai sehingga RM400. Antara faedahnya ialah pengecualian yuran kursus pembelajaran dan ujian PSV, serta pemeriksaan perubatan percuma.



Di samping itu, semua pemandu wanita aktif dan baharu akan menerima kamera dalam kenderaan percuma, tetapi ia tertakluk kepada terma dan syarat. Jika anda berminat, anda boleh mendaftar melalui halaman ini.

Para pemandu AirAsia Ride juga akan menerima 85% daripada tambang bersih tidak termasuk caj tol. Ia dikatakan komisen yang lebih tinggi daripada perkhidmatan e-hailing lain di pasaran.

Ciri lain dalam Pemandu Komuniti

Selain dari ciri LadiesOnly, AirAsia Ride juga akan perkenalkan beberapa kategori Pemandu Komuniti lain dalam beberapa bulan akan datang, iaitu:

  • PriorityRide – Nikmati masa menunggu yang lebih singkat dan dipandu oleh pemandu dengan penilaian tertinggi
  • Joy in the ride – Nikmati perjalanan yang menyeronokkan dan penuh kejutan 
  • DriveForMe – Nikmati ciri pemandu peribadi untuk kenderaan anda jika anda tidak dapat memandu sendiri
  • QuietDriver – Nikmati perjalanan yang lebih tenang

Dengan adanya ciri Pemandu Komuniti ini, penumpang AirAsia Ride bakal mempunyai banyak pilihan menarik untuk memastikan agar perjalanan mereka selesa, terutama sekali bagi golongan wanita. Namun, tidak ketahui lagi perbezaan harga antara pemandu komuniti dengan pilihan pemandu biasa.

Tags: AirAsiaairasia ride
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penumpang wanita AirAsia Ride kini boleh pilih pemandu wanita

Penumpang wanita AirAsia Ride kini boleh pilih pemandu wanita

16 March 2022
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN