• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:19 am
  • 16/03/2022
  • Komen
Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya
Share on FacebookShare on Twitter

Kurang daripada 30 hari, 3 jenama kereta terkemuka dunia telah melancarkan kereta elektrik masing-masing. Untuk pasaran Malaysia, kita ada Hyundai Ioniq 5, kemudian EQA 250 dan kali ini, Volvo XC40 Recharge Pure Electric.

Namun, electric vehicle (EV) daripada Volvo ini lebih menonjol daripada sudut lain. Majlis pelancaran kereta ini dihadiri oleh Menteri MITI sendiri, YB Azmin Ali, yang membawa maksd ada keistimewaan tertentu ada padanya. Kemungkinan besar ada kaitannya dengan pengumuman daripada Volvo iaitu model yang mereka lancarkan ini adalah dipasang dalam negara (CKD).



Volvo Car Malaysia has had a long journey in Malaysia, starting with the establishment of the Volvo Car Manufacturing Malaysia plant in Shah Alam in 1967 – also the oldest and longest-running vehicle assembly plant in the country. pic.twitter.com/osK6eTG9rc

— Mohamed Azmin Ali 🇲🇾 (@AzminAli) March 15, 2022

Tak setakat itu, ini adalah EV CKD pertama di Malaysia dan negara kita akan menjadi hub rantau Asia Tenggara untuk model ini. Lagi maklumat yang dikongsikan Volvo adalah pihak mereka akan melancarkan satu EV untuk setiap tahun sehingga 2025 dimulakan dengan CX40 dan C40.

Satu maklumat penting yang masih tiada adalah harganya. Namun, anggaran boleh dibuat berdasarkan versi petrol dan PHEV sedia ada. Model petrol XC40 boleh didapatkan pada harga RM230 ribu manakala versi PHEV pada harga RM243k. Berkemungkinan besa ria akan berada anara RM245 ribu hingga RM260 ribu.



Volvo sangat rapat dengan keluarga Malaysia. Kilang pemasangan kereta tertua di Malaysia adalah milik Volvo dan letaknya di Shah Alam.

Spesifikasi Volvo XC40 Recharge Pure Electric

EV jenis crossover ini mampu mencakupi jarak pemanduan sehingga 418km dengan satu bateri penuh. Ia dilengkapkan dengan sistem bateri 78kWh yang menyokong pengecasan pantas DC sehingga 150kW. Masa yang diambil untuk mengisi 80% bateri adalah sekitar 40 minit.

Bateri ini menggerakkan sistem motor yang memusingkan kesemua tayar kenderaan untuk output setinggi 408hp dan daya kilas 660Nm. Ia boleh bergerak selaju 180km/j dengan keupayaan memecut daripada 0 hingga 100km/j dalam asa 4.9 saat.

Saya tertarik dengan bahagian ruang enjin kereta ini. Walaupun ia dibangunkan daripada versi petrol, Volvo masih mampu menyediakan ruang penyimpanan depan yang boelh mengisi pelbagai barang. Jika dibandingkan dengan EQA 250, bahagian depan kereta elektrik ini masih nampak serabut, sama seperti versi petrol.

Di bahagian dalam, anda terima kluster elektronik lebih konvensional. Anda ada paparan 12.3” besar yang diperkasa Android Automotive OS dan speedometer berpaparan TFT sepenuhnya. Ada 13 speaker Harman Kardon tersemat di sekeliling kabin kenderaan untuk kualiti audio yang terbaik.

Senarai ciri keselamatan kenderaan ini cukup panjang. Anda dapat:

  • Adaptive cruise control dengan stop-and-go
  • Autonomous Emergency Braking
  • Rear Cross-Traffic Alert
  • Lead car depature Alert
  • Park Assist
  • Kamera keliling 360 darjah
Tags: automotifEVvolvoVolvo XC40
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya

Volvo XC40 Recharge Pure Electric sangat signifikan kepada negara Malaysia, ini sebabnya

16 March 2022
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER