• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship

  • OLEH Najib
  • 11:22 pm
  • 17/03/2022
  • Komen
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung hari ini mengadakan acara pelancaran siri Galaxy A 2022, menampilkan barisan baru telefon pintar kelas pertengahan keluaran Samsung. Agak aneh kerana di majlis pelancaran global yang disaksikan orang ramai di seluruh dunia, hanya dua model dipertontonkan. Sedangkan untuk pasaran Malaysia, terdapat tiga model disenaraikan.

Dalam pelancaran global, dua model diumumkan iaitu Galaxy A33 5G dan Galaxy A53 5G. Satu lagi model yang disenaraikan oleh Samsung Malaysia adalah Galaxy A73 5G. Ini menjadikan terdapat tiga model baru siri Galaxy A diperkenal hari ini. Tiada lagi model 4G, semuanya sedia menggunakan rangkaian 5G.



Galaxy A untuk Awesome

Samsung mengekalkan tema ‘Awesome’ untuk siri Galaxy A ini dan membariskan empat warna segar dan ‘awesome’ yang sama untuk ketiga-tiga model iaitu: Awesome White, Awesome Black, Awesome Peach dan Awesome Blue.

Warna Awesome Blue, Awesome Peach dan Awesome White

Samsung juga menghebahkan kehebatan siri Galaxy A 2022 ini dilengkapi pengalaman flagship. Antaranya kekalisan air dan debu IP67, serta speaker stereo Dolby Atmos kini standard untuk semua, termasuk Galaxy A33. Ia juga dilapisi kaca Corning Gorilla Glass 5 di hadapan, tetapi dengan badan dan bingkai plastik.



Di samping itu, Samsung juga memberikan fungsi kamera canggih yang terdapat di siri Galaxy S dan Galaxy Z, ke dalam Galaxy A. Fungsi tersebut seperti ‘Object Eraser’, boleh membuang sebahagian perkara di dalam gambar dengan bersih dan cantik. Serta penstabil imej optikal di kamera utama.

Dari kiri: Galaxy A33 5G, Galaxy A53 5G dan Galaxy A73 5G

Selain itu, Samsung juga kini memanjangkan jaminan kemaskini mereka untuk ketiga-tiga model Galaxy A yang baru ini. Datang siap dalam kotak dengan sistem operasi (OS) One UI 4 berasaskan Android 12, siri Galaxy A 2022 dijanjikan kemaskini OS sebanyak 4 kali dan kemaskini keselamatan selama 5 tahun.

Ketiga-tiga Galaxy A 2022 juga dipasang dengan skrin Super AMOLED HD Penuh, pengimbas capjari di dalam skrin, bateri berkapasiti 5,000mAh dan sokongan pengecas 25W. Melengkapi pengalaman flagship di model terbaru Samsung ini adalah ketiadaan jek audio 3.5mm dan tiada lagi kepala pengecas percuma diberikan. Ia dijual berasingan.

Spesifikasi Galaxy A33 5G

Peningkatan paling besar dalam siri Galaxy A 2022 adalah pada Galaxy A33 5G. Ia kini ditambah ciri kalis air IP67 dan menggunakan skrin AMOLED HD Penuh 90Hz berukuran 6.4-inci. Tetapi skrin ini masih bertakuk kecil U dengan dagu skrin yang tebal.

Galaxy A33 dilengkapi cip pemproses Samsung Exynos 1280 dengan sokongan 5G. Ia dipadankan dengan RAM 8GB dan menyokong RAM Plus, ciri RAM maya yang menggunakan ruang storan sebagai ruang RAM sementara. Storan pula seluas 128GB dan boleh diluaskan dengan kad mikroSD sehingga 1TB.

Terdapat empat kamera di belakangnya, gabungan kamera utaa 48MP F1.8 dengan OIS, kamera ultra lebar 8MP F2.2, kamera potret 2MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan di dalam takuk pula adalah kamera 13MP F2.2.

Spesifikasi Galaxy A53 5G

Seperti tidak banyak naik taraf di Galaxy A53 berbanding Galaxy A52. Antaranya kadar penyegaran skrin kini lebih tinggi 120Hz. Masih dengan skrin Super AMOLED 6.5-inci HD Penuh berlubang di dahi.

Kuasa pemproses pula digerakkan oleh cip yang sama dengan Galaxy A33 iaitu Exynos 1280. RAM pula seluas 8GB, boleh ditambah menerusi ciri RAM Plus. Storannya lebih besar, 256GB dan ada slot kad mikroSD untuk tambahan sehingga 1TB.

Galaxy A53 juga ada empat kamera belakang, tetapi berbeza dengan Galaxy A33. Kamera utamanya menggunakan sensor 64MP F1.8 OIS, kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera potret 5MP F2.4 dan kamera makro 5MP F2.4. Kamera hadapan juga lebih baik, 32MP F2.2 di dalam lubang skrin di atas.

Spesifikasi Galaxy A73 5G

Telefon terbaik siri Galaxy A kini dikuasakan cip Snapdragon 778G 5G. Ia satu naik taraf kerana model lama Galaxy A72 tiada sokongan 5G. Tetapi cip ini sebenarnya adalah cip yang sama digunakan di Galaxy A52s. RAM pula 8GB dan storan 256GB. RAM Plus turut boleh digunakan dan ada slot kad mikroSD.

Skrin terbesar masih kekal di Galaxy A73, berukuran 6.7-inci Super AMOLED+ HD Penuh dengan kadar penyegaran 120Hz. Terdapat lubang kecil di dahi, memuatkan kamera hadapan 32MP F2.2.

Untuk kamera belakang, ada sedikit naik dan turun tarafnya. Kenaikan adalah kamera utama menjadi 108MP F1.8 OIS. Penurunan pula tiada lagi kamera telefoto. Tiga kamera lain adalah kamera ultra lebar 12MP F2.2, kamera makro 5MP dan kamera potret 5MP F2.2. Empat kamera yang sama dengan Galaxy A53.

Galaxy A73 adalah pilihan yang lebih baik berbanding Galaxy A53 jika anda mahukan skrin lebih besar, atau lebih meyakini cip Snapdragon 778G berbanding Exynos 1280.

Tags: Galaxy A53Galaxy A73samsungSamsung Galaxy A33Samsung Galaxy A53samsung galaxy a73
Najib

Najib

POPULAR

Trio Galaxy A 2022 kembali lebih bertenaga dengan ciri-ciri kelas flagship

17 March 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER