• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pegawai bank jadi mangsa pinjaman tidak wujud, rugi RM234 ribu

  • OLEH Fatin Amanina
  • 1:32 pm
  • 07/04/2022
  • Komen
Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300
Share on FacebookShare on Twitter

Selalunya jika dengar jawatan pegawai bank, pasti kita akan menggambarkan individu itu mempunyai ilmu yang baik tentang kewangan dan tahu mengenai kes penipuan melibatkan wang. Tapi isu terbaru yang berlaku ini sangat menyedihkan sebab mangsa scam merupakan seorang pegawai bank.

Oleh kerana terdesak mahu mendapatkan pinjaman peribadi bernilai RM80,000, mangsa berusia 54 tahun akhirnya kerugian RM234,000 selepas ditipu oleh satu syarikat pinjaman dalam talian. Dikatakan mereka menawarkan pinjaman pada kadar faedah rendah.



Sebelum ini mangsa ada mengisi borang untuk menguruskan pinjamannya. Dia kemudian dihubungi seorang pekerja syarikat berkenaan dan mereka memintanya membuat bayaran bagi memproses pinjaman. Selepas pinjaman diluluskan, mangsa diminta memindahkan wang secara berperingkat ke sembilan akaun sejak 28 Februari hingga akhir Mac berjumlah RM243,000.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Supt Mohamad Musa Marsidi berkata mangsa membuat laporan pada 1 April lalu selepas menyedari dia ditipu. Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak terpengaruh dengan tawaran pinjaman dalam talian tanpa syarat ketat. Beliau juga menggesa orang ramai menghubungi CCID melalui talian 03-2610 1559 dan 03-2610 1599 atau balai polis berhampiran, untuk melaporkan sebarang aktiviti jenayah yang mencurigakan.



Anda rasa dalam hal ini, kenapa magsa boleh tertipu? Adakah sebab dia cuai? Anda perlu tahu, syarikat pinjaman tidak memerlukan anda membayar wang proses sebelum dapat wang yang ingin dipinjam. Apatah lagi jika wang proses yang perlu dibayar itu jumlahnya tinggi.

Selain lakukan pinjaman di bank, ada banyak lagi sumber pinjaman yang boleh dipercayai. Contohnya melalui Gopinjam di dalam APP TnG eWallet. Kadar bunganya adalah antara 8% hingga 36%. BigPay juga ada tawarkan kemudahan pinjaman peribadi dengan kadar bunga 8%. Lebih baik mangsa lakukan pinjaman dengan kadar faedah tinggi sedikit melalui sumber yang dipercayai, daripada akhirnya kerugian hampir 3 kali ganda dari jumlah yang ingin dipinjam setelah ditipu oleh syarikat pinjaman tidak wujud.

[Sumber: MalayMail]

Tags: SCAM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
Terperdaya mata ganjaran percuma, pereka grafik rugi RM8,300

Pegawai bank jadi mangsa pinjaman tidak wujud, rugi RM234 ribu

7 April 2022
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

SARA RM100 dikreditkan hari ini, kini terpakai untuk makanan sejuk beku

9 February 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER