• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Anda pelajar? Sertai cabaran bina aplikasi Apple Swift Student untuk menangi hadiah sangat menarik

  • OLEH Fatin Amanina
  • 2:44 pm
  • 08/04/2022
  • Komen
Anda pelajar? Sertai cabaran bina aplikasi Apple Swift Student untuk menangi hadiah sangat menarik
Share on FacebookShare on Twitter

Persidangan Pembangun Sedunia Apple (WWDC) tahun 2022 bakal bermula pada bulan Jun nanti. Sama seperti tahun lalu, Apple turut mengadakan cabaran Swift Student untuk individu berusia 13 tahun ke atas bagi memupuk kemahiran pembangunan perisian yang mereka ada.

Melaluinya, peserta dikehendaki mencipta babak interaktif dalam projek aplikasi Swift Playgrounds, yang boleh dicuba dalam masa tiga minit. Peserta boleh menambah grafik, audio dan pelbagai kreativiti lain lagi di dalam projek masing-masing . Jika anda mahir dalam bidang coding atau pengaturcaraan dan sukakannya, maka anda perlu ambil peluang ini.



Projek aplikasi Swift Playgrounds mestilah dibina dan dijalankan pada Swift Playgrounds 4.0.2 pada iPadOS 15.4 atau Xcode 13.3 pada macOS 12.3. Sekiranya ia dijalankan pada iPadOS, penyerahan perlu dioptimumkan supaya ia boleh dipaparkan dengan betul pada semua model iPad Pro.

Dalam cabaran ini, pemenang akan mendapat hadiah percuma pakaian eksklusif WWDC22, set pin unik dan 1 tahun keahlian Apple Developer Program. Selain itu, Apple turut menyatakan bahawa setiap pemenang hanya boleh menerima anugerah cabaran Swift Student atau biasiswa WWDC sehingga empat kali sahaja.



Syarat untuk menyertainya ialah:

  1. Berumur 13 tahun ke atas
  2. Berdaftar sebagai pembangun Apple atau menjadi ahli Apple Developer Program
  3. Penuhi salah satu syarat berikut: berdaftar di institusi akademik bertauliah atau sekolah rumah rasmi yang setara, mendaftar dalam kurikulum pendidikan organisasi STEM atau telah tamat sekolah menengah dalam tempoh 6 bulan lalu dan sedang menunggu penerimaan masuk ke institusi akademik bertauliah.

Anda boleh mula menghantar penyertaan sekarang sehingga 24 April 2022 jam 11.59 malam. Status permohonan boleh dilihat pada 24 Mei 2022. Ketahui lebih lanjut mengenai cabaran Swift Student di sini.

[Sumber: MalayMail, Apple]

Tags: Apple WWDCSwift Student Challengewwdc 2022
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Anda pelajar? Sertai cabaran bina aplikasi Apple Swift Student untuk menangi hadiah sangat menarik

Anda pelajar? Sertai cabaran bina aplikasi Apple Swift Student untuk menangi hadiah sangat menarik

8 April 2022
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
Bateri Perodua QV-E dijual berasingan? Ini yang anda perlu tahu tentang pelan sewaan baterinya

Perodua QV-E serendah RM53,499, rebat RM10K dilanjutkan hingga 31 Oktober

17 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

Tak tempah iPhone Duo? Jangan berharap boleh beli ‘walk-in’ di Apple Store TRX Jumaat ini

20 October 2026
Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

Touch ‘n Go lancar kad Pokemon edisi ulang tahun ke-30, harga dari RM29

21 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN