• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Penguatkuasaan tanda SIRIM pada pelitup muka ditangguhkan kepada tarikh ini

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:27 pm
  • 08/04/2022
  • Komen
Penguatkuasaan tanda SIRIM pada pelitup muka ditangguhkan kepada tarikh ini
Share on FacebookShare on Twitter

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan semua pengilang dan pengimport pelitup muka bukan perubatan termasuklah jenis fabrik, perlu membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM daripada SIRIM QAS International Sdn Bhd berkuat kuasa 4 Julai. Tapi perkara ini ditangguhkan kepada 1 Januari tahun hadapan.

PENANGGUHAN PENGUATKUASAAN PEWARTAAN PELITUP MUKA BUKAN PERUBATAN#KPDNHEP #facemask pic.twitter.com/52KAVUWVNW

— KPDNHEP (@kpdnhep) April 8, 2022

Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penangguhan itu dibuat selepas mengambil kira maklum balas dari umum, termasuklah keresahan dalam kalangan pengguna. Menurtnya, pengguna fikir mungkin berlaku kenaikan harga pelitup muka, tapi SIRIM QAS International Sdn Bhd telah beri jaminan akan mengenakan caj yang rendah kepada pengimport dan pengilang.



Jika anda adalah antara pengguna yang risaukan tentang kenaikan harga pelitup muka, maka anda tak perlu lagi bimbang mengenainya. Selain itu, pengguna juga tidak akan dikenakan apa-apa tindakan sekiranya menggunakan pelitup muka bukan perubatan tanpa penandaan SIRIM.

Tapi sebenarnya, perakuan SIRIM ini diperlukan pada pelitup muka adalah untuk memastikan ia mematuhi standard keselamatan dan selamat digunakan oleh pengguna. Selain itu, ia juga dilaksanakan untuk mengatasi isu lambakan pelitup muka bukan perubatan yang tidak berkualiti di pasaran Malaysia. Jika perkara ini dikuatkuasakan, tentulah masyarakat lebih mudah tahu pelitup muka mana yang selamat di pakai atau pun tidak.



[Sumber: Sinar Harian]

Tags: SIRIM
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Penguatkuasaan tanda SIRIM pada pelitup muka ditangguhkan kepada tarikh ini

Penguatkuasaan tanda SIRIM pada pelitup muka ditangguhkan kepada tarikh ini

8 April 2022
Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

Proton S70 RS 2027 didedahkan, luaran lebih agresif dengan kabin dwitona baharu

5 November 2026
Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

Honor Magic 9 Pro Max bakal tiba di Malaysia, bawa kamera 200MP hasil kerjasama ARRI

6 November 2026
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

Xiaomi 18 Pro dan 18 Pro Max dilancarkan di Malaysia pada 17 November

10 November 2026
Kerajaan tawar diskaun tol 50% selama 2 hari sempena Aidilfitri untuk kenderaan Kelas 1

Deepavali 2026: Nikmati diskaun tol 50% pada 6 dan 7 November ini

5 November 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN