• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Produk audio pertama Poco adalah fon telinga TWS edisi Klee dari Genshin Impact

  • OLEH Najib
  • 11:55 am
  • 27/04/2022
  • Komen
Produk audio pertama Poco adalah fon telinga TWS edisi Klee dari Genshin Impact
Share on FacebookShare on Twitter

Poco telah sekian lama dikenali sebagai pengeluar telefon pintar yang sangat mampu milik, biasanya lebih murah daripada Xiaomi sendiri. Dalam majlis pelancaran Poco F4 GT, Poco turut memperkenal dua produk bukan telefon pintar mereka yang baru. Salah satu darinya adalah, fon telinga Poco Buds Pro.

Tetapi Poco tidak melancarkannya dalam edisi biasa. Sebaliknya Poco terus mengumumkan bahawa produk audio pertama mereka ini dihasilkan dengan kerjasama tajuk permainan popular, Genshin Impact. Salah satu watak di dalam permainan, Klee telah dipilih sebagai tema produk audio Poco ini, iaitu Poco Buds Pro edisi Genshin Impact.



Harga dan Tarikh Jualan

Peminat di Malaysia boleh membeli Poco Buds Pro edisi Genshin Impact mulai 28 April 2022 di Stor Rasmi Poco di Lazada dan Shopee. Harga rasminya di Malaysia adalah RM299 tetapi untuk pembeli terawal, diskaun sebanyak RM40 diberikan, menjadikan harganya cuma RM259.

Selain itu, pembeli Poco F4 GT juga berpeluang memiliki Poco Buds Pro edisi Genshin Impact pada separuh harga iaitu RM150. Tetapi stok promosi dikatakan terhad.



Semuanya adalah Klee

Poco Buds Pro edisi Genshin Impact ini tampil dalam tema warna merah, selaras dengan Klee sebagai pengguna kuasa api. Pakej edisi khas ini datang dalam kotak yang berupa buku magis Klee, bersama casing berbentuk beg sandang Klee. Bekas pengecas, kabel USB-C dan tip getah semuanya berwarna merah dan fon telinga itu sendiri memiliki simbol daun Klee. Poco juga memberikan rantai kunci yang boleh disangkut pada casing beg Klee.

Selain itu, Poco juga menyediakan bunyi notis khas menggunakan suara Klee. Seperti apabila Bluetooth tersambung, hayat bateri rendah serta Bluetooth diputuskan.

Sebagai peminat watak Klee di Genshin Impact, anda harus mendapatkan produk audio pertama Poco ini.

Spesifikasi Poco Buds Pro edisi Genshin Impact

Poco menghasilkan Buds Pro sebagai fon telinga TWS berkualiti tinggi. Bunyinya dihasilkan menerusi pemacu audio dinamik 9mm. Ia memiliki penyaring bunyi hingar (ANC) setinggi 35db. Pengguna juga boleh memilih antara memadamkan bunyi sekeliling dengan ANC, atau meningkatkan pendengaran persekitaran menerusi mod ‘Transparency’.

Poco Buds Pro bersambung ke peranti menerusi Bluetooth, menyokong sistem operasi Android, iOS dan Windows. Ia boleh bersambung ke dua peranti serentak, tanpa perlu memutuskan sambungan untuk menyambung ke peranti lain.

Hayat bateri juga panjang di Poco Buds Pro. Ia boleh digunakan sehingga 6 jam pada fon telinga sahaja, atau sehingga 28 jam bersama bekas pengecas. Pengecasan pula boleh dibuat menggunakan sambungan USB-C, atau secara wayarles.

Penggunaan untuk aktiviti kecergasan tidak perlu dikhuatiri kerana Poco Buds Pro kalis percikan air dan peluh IPX4.

Bacaan Berkaitan

  • Poco F4 GT muncul sebagai telefon Snapdragon 8 Gen 1 termurah di Malaysia
  • Poco M4 Pro: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Poco X4 Pro 5G: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Poco M4 Pro 5G miliki banyak naik taraf, bukan lagi telefon 5G termurah
Tags: Genshin ImpactPocoPoco Buds ProPoco Buds Pro Genshin Impact
Najib

Najib

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
Produk audio pertama Poco adalah fon telinga TWS edisi Klee dari Genshin Impact

Produk audio pertama Poco adalah fon telinga TWS edisi Klee dari Genshin Impact

27 April 2022
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER