• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:04 pm
  • 02/05/2022
  • Komen
Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?
Share on FacebookShare on Twitter

Menteri Komunikasi dan Multimedia (Men-Komm) Annuar Musa hari ini berkongsikan perkembangan terbaharu tentang projek 5G negara. Menurut beliau, setakat ini, hanya Telekom Malaysia dan YTL Communications telah menjadi klien DNB. Nampaknya 4 telco utama lain masih belum berminat walaupun Kementerian Kewangan menawarkan pegangan ekuiti sehingga 70% kepada entiti-entiti ini.

Kenapa telco keberatan untuk sertai DNB?

Buat anda yang berminat untuk mengetahui apakah tawaran DNB kepada telco-telco ini, anda boleh merujuk dokumen Reference Access Offer (RAO) yang menggariskan kos, terma & syarat, dan tanggungjawab DNB kepada klien dan sebaliknya.



Contohnya, telco yang melanggan 5G daripada DNB perlu membayar RM30,000/bulan untuk setiap Gbps sehingga 1,200Gbps. Untuk unit Gbps yang seterusnya, telco dikenakan RM22,000/Gbps. DNB juga akan mengikat telco di bawah kontrak 10 tahun.

Celcom, Digi, Maxis, dan U Mobile telah menerbitkan kenyataan media bersama merujuk kepada RAO itu dan memberitahu DNB yang dokumen itu masih gagal merungkaikan isu terbesar yang telah mereka bangkitkan sewaktu perbincangan bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia (SKMM).



Contohnya, kadar yang dikenakan kepada telco dikatakan boleh merencatkan proses penawaran servis 5G mampu milik kepada pengguna Malaysia. Kontrak 10 tahun yang dikenakan adalah terlalu panjang. Apabila mengambil kira implementasi 4G dulu, kos untuk setiap GB didapati menurun. Dalam 2013 dulu, 1GB biasanya ditawrakan pada harga puluhan ringgit tapi kini berada di sekitar RM1 sahaja.

Pihak telco turut bersetuju tentang tawaran ekuiti tersebut tapi pelaksanaannya mestilah melalui penggabungan dan pengambilalihan.

Apa yang MCMC lakukan untuk uraikan isu?

MCMC sepatutnya menjadi orang tengah antara telco dengan DNB kerana mereka adalah pihak berkuasa yang dipertanggungjawabkan kerajaan untuk hal-hal telekomunikasi. Dalam satu forum yang diadakan pada 20 April 2022, COO Mohd Ali Hanafiah memaklumkan yang isu ini akan diselesaikan sebelum Jun 2022 tiba.

Untuk isu kos langganan, MCMC memberitahu yang terdapat instrumen bernama Mandatory Standard Access Pricing (MSAP) yang dikemas kini setiap 3 tahun. Cumanya MSAP untuk 5G tidak ada dalam instrument tersebut.

Pada sudut kualiti servis 5G, terdapat instrumen Mandatory Standard of Quality of Service (MSQoS) untuk dirujuk. Seperti biasa, servis 5G tiada di dalamnya.

Sumber: SoyaCincau EN

Tags: 5gAnnuar MusacelcomdigiDNBmaxistelcoTMUnifiytl
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?

Kenapa 4 telco ini masih tidak mahu sertai DNB?

2 May 2022
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

ASUS ExpertBook Ultra dilancar di Malaysia, laptop ringan 0.99kg, skrin Tandem OLED 3K & Intel Core Ultra X7

12 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN