• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

  • OLEH Najib
  • 1:48 pm
  • 11/05/2022
  • Komen
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan
Share on FacebookShare on Twitter

Tahun 2022 dilihat bermula sebagai tahun yang muram buat Netflix. Walaupun mencatat peningkatan dalam perolehan, bilangan pelanggan Netflix menurun buat pertama kalinya. Ini membuatkan Netflix segera merangka perancangan serba baru untuk menanganinya.

Antara langkah yang sedang dirancang Netflix untuk dilaksanakan adalah, memperkenal pelan lebih murah tetapi dengan siaran iklan. Selain itu, Netflix juga mahu mengenakan caj tambahan untuk pengguna yang berkongsi akaun dan ia telah dilaksanakan di Chile, Costa Rica dan Peru pada bulan Mac lepas.



Bagaimanapun, perancangan untuk mengadakan iklan dalam masa setahun dua, mungkin akan dilaksanakan lebih cepat. Seawal hujung tahun ini.

Perkara ini dilaporkan oleh NY Times, menurut nota dalaman Netflix kepada kakitangan. Antara yang dinyatakan adalah Netflix mahu memperkenal pelan dengan iklan pada tiga bulan terakhir tahun ini. Di samping itu, Netflix juga akan berusaha untuk mengekang perkongsian akaun dalam tempoh yang sama.



Langkah Netflix untuk memperkenal pelan dengan iklan adalah respon kepada apa yang telah dilakukan oleh pesaingnya. Di Amerika Syarikat, HBO dan Hulu memiliki pelan bersama iklan dan masih berjaya mengekalkan keunggulan jenama mereka. Di Asia terutamanya, platform penstriman seperti Viu, WeTV, iQiyi dan banyak lagi, memiliki pelan percuma atau murah, yang disiarkan bersama iklan.

Harga pelan Netflix di Malaysia

Buat masa ini, pelan termurah Netflix di Malaysia ialah pelan Mudah Alih RM17/bulan. Ia hanya boleh ditonton di peranti dengan resolusi HD 480p sahaja. Pelan paling mahal adalah pelan Premium RM55/bulan, menyediakan tontonan serentak sehingga 4 peranti berbeza dan resolusi sehingga Ultra HD 4K.

Jika ada pelan dengan iklan kelak, kita mungkin boleh melihat pelan Netflix lebih murah dari RM17, atau pelan Premium dengan harga di bawah RM55. Adakah anda sanggup melihat sedikit iklan pada harga lebih murah dari sekarang?

[Sumber: Engadget, NY Times]

Bacaan Berkaitan

  • Netflix unjurkan kehilangan 2 juta pelanggan, pakej lebih murah dengan iklan sedang dipertimbang
  • Netflix cari cara hentikan perkongsian akaun, mahu pengguna membayar lebih
  • Netflix bawakan 3 filem tempatan menarik sempena Hari Raya
  • Satu jari tak cukup, Netflix perkenalkan sistem dua thumbs up
Tags: Netflix
Najib

Najib

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

Pelan Netflix lebih murah dijangka tiba akhir tahun ini, dengan syarat tambahan

11 May 2022
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN