• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Siapa kata Huawei P50 Pro tak sokong 5G? Hari ini ia boleh

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:12 pm
  • 19/05/2022
  • Komen
Siapa kata Huawei P50 Pro tak sokong 5G? Hari ini ia boleh
Share on FacebookShare on Twitter

Sekatan dagang yang dikenakan A.S terhadap China berlarutan sehingga hari ini. Huawei adalah antara jenama yang paling teruk terkesan. Mereka kini tidak lagi berada dalam kalangan 5 teratas jenama pengeluar telefon global. Antara penyebabnya adalah telefon mereka tidak boleh dipasang dengan Google Mobile Services apatah lagi modem 5G.

Namun, pengeluar aksesori telefon ini berjaya keluarkan produk yang mampu berikan capaian 5G kepada salah satu flagship Huawei iaitu P50 Pro. Aksesori ini berupa sebuah casing yang disambung pada telefon melalui port USB-C dan di dalamnya ada modem 5G dan capaian Internet berlaku menggunakan eSIM, bukannya kad fizikal.



Menurut laman rasmi produk ini diperkasa cip berkelajuan 1.35Ghz dan menyokong beberapa jalur sub-6Ghz untuk kedua-dua mode NA dan NSA. Casing ini juga menyokong power pass-through, bermakna apabila ingin mengecas telefon, pengguna tidak perlu tanggalkan casing.

Masalahnya, apabila casing dipasang pada telefon, berat keseluruhan telah menjadi 247g, lebih berat daripada iPhone 13 Pro Max.



Tiada maklumat tentang harga jualan aksesori ini walaupun daripada laman rasmi pengeluar produk ini iaitu Soyealink.

Tags: 5gHuaweiHuawei P50 Pro
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
Siapa kata Huawei P50 Pro tak sokong 5G? Hari ini ia boleh

Siapa kata Huawei P50 Pro tak sokong 5G? Hari ini ia boleh

19 May 2022
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN