• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Robot vakum pintar terbaik Malaysia 2022

  • OLEH Fatin Amanina
  • 4:47 pm
  • 27/05/2022
  • Komen
Robot vakum pintar terbaik Malaysia 2022
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi anda yang sedang cari robot vakum pintar untuk bersihkan dan mop lantai, ini saya senarai 5 vakum robot terbaik untuk anda. Anda boleh pilih ikut bajet dan spesifikasi yang anda mahu.

Tonton video senarai 5 robot vakum terbaik di bawah ini:



1. DREAME W10 – Shopee Lazada

Dreame W10 merupakan robot paling canggih dalam senarai ini. Ia juga ada kapasiti bateri paling tinggi iaitu 6400mAH. Yang canggihnya ialah robot ini boleh bersihkan mopnya sendiri selepas lakukan tugas pembersihan. Base juga akan keringkan mop secara automatik dengan udara panas. Dreame juga menyatakan robot ini mampu berikan 10 Newtons tekanan pada pad mop yang berputar sebanyak 180 kali seminit.



Sumber

2. Roborock S7 MaxV Robot Vacuum – Shopee Lazada

Roborock S7 MaxV Robot Vacuum ada kuasa sedutan paling tinggi dalam senarai ini, iaitu 5100Pa. Vakum ini dilancarkan di Malaysia sekitar bulan Februari 2022. Kelebihan yang ada padanya ialah ia ada sistem mengelak halangan Reactive AI 2.0 yang menggabungkan kamera RGB, lampu struktur 3D, dan unit pemprosesan serba baharu. Ia boleh kesan halangan dengan lebih tepat, tak kisah dalam keadaan pencahayaan apa sekalipun. 

Sumber

3. Deebot T9 – Shopee Lazada

Perkara yang paling unik pada Deebot T9 ialah, ia mempunyai pewangi. Kapsul penyegar udara itu boleh ditukar-tukar. Ketika robot lakukan kerja pembersihan, dia juga turut sebarkan bau wangi. Sesuai untuk selesaikan masalah rumah bau hapak. Ia juga buat kerja dengan senyap, sesuai guna pada waktu malam. Paling saya suka, robot ini boleh mop dengan baik untuk hilangkan kotoran degil pada sebarang permukaan lantai dengan berkesan. Ia menggunakan teknologi Ozmo Pro 2.0 Oscillating Mopping System.

4. Mi Robot Vacuum-Mop P – Shopee Lazada

Mi Robot Vacuum-Mop P adalah robot termurah dalam senarai ini. Kehebatan dia adalah pada mop. Ia didatangkan dengan teknologi kawalan tangki air yang bijak. Ia boleh mop dengan bersih dan lakukan penyebaran air yang sekata pada lantai. Ada juga sensor pelepasan air, jadi robot ini akan kawal air supaya tak bocor ketika tidak digunakan. 

Sumber

5. Deebot Ozmo T8 – Shopee Lazada

Deebot Ozmo T8 miliki teknologi TrueDetect 3D, ia boleh kesan dan elak halangan dengan baik. Ia juga dilengkapi dengan teknologi TrueMapping yang dapat petakan rumah anda dengan 4 kali ketepatan, hampir sama dengan Deebot T9. Kapasiti baterinya 5200mAH, tapi saya letakkannya di tempat kelima sebab kuasa sedutannya adalah yang paling rendah iaitu 1500Pa. Harga asalnya pulak mahal, hampir RM5 ribu.

Sumber
Tags: Deebot Ozmo T8Deebot T9Dreame W10Mi Robot Vacuum-Mop PRoborock S7 MaxVrobot vakum
Fatin Amanina

Fatin Amanina

POPULAR

Robot vakum pintar terbaik Malaysia 2022

Robot vakum pintar terbaik Malaysia 2022

27 May 2022
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

Realme perkenal telefon konsep dengan bateri 10,000mAh dalam badan senipis 8.5mm

7 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER